22.Raikan Kejayaan Kecil.
~Tidak perlu tunggu selesai menghafal 30 juzuk untuk meraihkan kejayaan kita. Ia mungkin terlalu jauh sehingga kita merasa lelah.
~Raikan kejayaan-kejayaan kecil yang kita capai dalam usaha menghafal al-Quran. Misalnya, apabila berjaya menghafal 1 juzuk al-Quran, raikannya dengan berikan diri kita ganjaran atau hadiah.
~Mungkin kita mahu ganjarkan diri dengan makan malam bersama keluarga bagi meraikannya, atau berikan diri kita sebuah pakaian baru atau telefon pintar atau
perkara-perkara yang sesuai dengan keadaan kita.
~Mengamalkan perkara ini ia boleh membantu kita untuk mendorong diri sendiri agar lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh memburu kejayaan menghafal al- Quran 30 juzuk, insya-Allah.
~Berdasarkan kajian pakar psikologi, apabila sesuatu ganjaran diberikan pada seseorang selepas melakukan sesuatu perbuatan, maka mereka akan bersemangat dan cenderung untuk mengulangi semula perbuatan tersebut sehinggalah ia menjadi tabiat yang berlaku
tanpa rasa berat dan rasa terpaksa.
~Meraihkan kejayaan kecil, mampu membentuk tabiat menghafal al-Quran yang berkesan dalam diri kita.
Share this novel