BAB 14

Romance Completed 10045

RAIHAN seronok menyediakan makanan untuk malam ini. Bukan selalu dia memasak. Hari ini, mungkin menjadi hari istimewa dan indah. Faiz berlari ke arah Raihan. Sudah siap mandi dan wangi katanya. Raihan tergelak. Faiz disuruh duduk di ruang tamu bersama dengan Encik Idham. Sementara itu, Raihan menghidangkan makanan di atas meja makan. Disusun sebaiknya.

Seketika kemudian, terdengar suara memberi salam dari luar. Abang dan kakak iparnya sudah pulang dari kerja. Encik Idham menyambut. Duduk sahaja keduanya untuk melepaskan lelah, baru kakak iparnya perasan akan sesuatu. Anaknya sedang bermain dengan seorang sepupu dan seorang kanak-kanak. Wajahnya seperti sangat dikenali. Seperti sudah terlalu biasa melihatnya. Si kakak merapati kumpulan kanak-kanak yang sedang bermain itu.

“Ibu!” Sofea menjerit gembira. Wanita itu tersenyum.

“Ibu, Sofea ada kawan baru. Nama dia Faiz. Atuk dengan Cik Han bawak dia balik tadi.” Petah Sofea bercerita. Air mata mula bergenang di kelopak mata wanita yang dipanggil ibu itu.

“Fa… Fa… iz? Suaranya mula sedikit serak menahan rasa sebak. Kanak-kanak bernama Faiz itu menoleh.

“Kakak!” terus dipeluknya wanita itu. Raihan memang seiras dengan kakaknya, namun tampak sedikit berbeza kerana wajah Raihan kelihatan lebih matang dan berkaca mata, manakala kakak Faiz tampak lebih muda dan tidak bercermin mata.

“Rindunya. Faiz main dulu. Kakak nak naik atas mandi sekejap ye?” wanita itu meminta diri. Suaminya mengikut dari belakang.

Sampai sahaja di bilik, wanita itu tidak dapat menahan rasa sebaknya. Betapa sudah lama rindu ini dipendam. Sangat lama dirasakan. Seksa dia merindu. Seksa dia menunggu waktu dan saat ini. Cumanya, rindu ini belum sepenuhnya terubat. Dia masih tidak dapat bertemu dengan Faiq, seorang lagi adiknya. Di manakah dia? Si suami cuba menenangkan isterinya. Memahami rasa hati si isteri. Sejujurnya, dia juga bersimpati. Pahit sungguh untuk ditelan benda yang sudah berlalu lama dahulu.

“Farihah, sudahlah…. Bersihkan diri dulu, nanti turun jumpa Faiz. Abang tahu sayang rindukan dia.” Si isteri hanya menurut apa yang dikatakan oleh suaminya.

Selesai membersihkan diri, Farihah segera turun ke tingkat bawah untuk makan malam dan melepaskan rindu pada adik bongsu kesayangannya. Sudah lama tangannnya tidak membelai rambut si adik. Sudah lama tangannya tidak memasak buat adik-adiknya. Faiz dan anaknya serta anak buahnya masih duduk bermain di tempat yang sama. Farihah mendekati dengan sebuah senyuman.

“Sofea, Fatin, Faiz…. Jom kita makan….” Ajak Farihah. Kanak-kanak bertiga it uterus bangun. Mesti masing-masing sudah kelaparan, kerana itulah cepat sahaja menurut kata. Farihah berjalan bersama tiga kanak-kanak itu menuju ke meja makan.

“Hmmmm…. Sedapnya bau…. Siapa masak ni, ayah?” Farihah bertanya pada Encik Idham yang sudah duduk di meja makan.

“Cik Han masak, ibu….” Sofea menjawab laju.

“Bijaknya anak ibu….” Farihah memuji. Raihan keluar dari dapur dan menghidangkan makanan terakhir yang menjadi lauk malam ini. Serentak dengan itu, terdengar sekali lagi satu suara memberi salam. Farihah bangun, namun dihalang oleh Raihan.
?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience