“FAIQ, ini pekerja baru yang saya katakan semalam. Namanya, Aiman. Disebabkan kamu lebih berpegalaman dalam jawatan sebelum ini, saya harap kamu bolehlah beri dia tunjuk ajar, ya.” Encik Idham memperkenalkan sekaligus memberi jawapan kepada persoalan yang bermain di minda Faiq Raihan.
“Selamat datang dan selamat bekerja di sini. Saya, Faiq. Faiq Raihan.” Faiq Raihan memperkenalkan diri dan menghulurkan tangan untuk berjabat dengan pekerja baru itu.
“Terima kasih. Saya Aiman. Saya nak panggil abang Faiq ke, abang Raihan?” tanyanya sopan.
“Tak perlu abanglah. Jom jadi kawan. Panggil je Faiq.” Jawab Faiq mesra.
“Baiklah, saya lihat kamu berdua mudah serasi. Kalau begini, mudahlah berinteraksi dan bekerjasama nanti. Faiq, nanti kamu tunjukkan bilik Aiman, ya?” pinta Encik Idham.
“Bereh, bos!” Faiq cepat sahaja menyahut. Encik Idham tersenyum lalu Faiq dan Aiman meminta diri untuk keluar dari bilik Encik Idham.
Dalam mereka berjalan, Faiq dan Aiman masih berkenal-kenalan. Mungkin untuk merapatkan lagi serta lebih senang dan tenang dalam bekerjasama nantinya. Awl-awal lagi, Aiman sudah banyak tanya mengenai tugasannya. Bagus sungguh pekerja baru ini, detik hati Faiq. Semangatnya harus dicontohi. Langsung tidak malu untuk bertanya meskipun orang lain mungkin akan menganggap ia sebagai satu soalan yang bodoh.
“Seronok saya kenal dengan kamu, Aiman. Teruskan semangat kamu ni. Apa-apa nanti, terus tanya saya ya. Saya masuk bilik saya dulu.” Pamit Faiq Raihan dan terus kembali ke biliknya. Tersenyum sendirian saat teringatkan tiap soalan yang dilontar oleh Aiman. Dia pun begitu, dahulu. Awal-awal, banyak yang tidak tahu. Lama-lama, mahirlah. Yang penting adalah sebuah kesungguhan dan semangat yang ada dalam diri untuk terus berusaha dan belajar.
Faiq menyambung kembali kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Khusyuk dia membuat kerjanya. Sedar tak sedar, waktu semakin berlalu. Sehinggalah masuk waktu rehat, Faiq masih tetap meneruskan kerjanya. Terlupa langsung mengenai Faiz. Akibat sedikit lelah, Faiq menyandarkan badannya sebentar dan menutup mata. Kedua tangannya diletakkan di belakang kepala.
“Eh, dah pukul berapa ni? Ya Allah, pukul 1 dah. Macam manalah aku boleh lupa ni. Kesian Faiz.” Kelam-kabut Faiq dibuatnya. Masakan tidak, sudah 1 jam berlalu dan dia masih belum menjemput Faiz pulang dari sekolah.
Faiq Raihan segera berjalan keluar dari biliknya dengan kunci kereta di tangan. Laju sahaja langkahnya menuruni bangunan 8 tingkat itu. Dalam keadaan dia ingin cepat sebegini, lif dirsakan terlalu lambat bergerak. Sampai sahaja di tingka bawah, cepat-cepat dia melangkah keluar dari bangunan itu. Namun, tak sempat sampai di kereta, terasa kakinya dipeluk seseorang. Cepat-cepat dia menoleh. Faiz!
“Macam mana Faiz boleh sampai sini?” tanya Faiq Raihan.
“Kakak ambik adik tadi.” Jawabnya jujur.
“Saya lalu kawasan situ tadi. Then, ternampak sorang budak ni tertunggu-tunggu. Saya pergi dekat, rupanya Faiz. Saya pun teruslah bawa dia ke sini. Lagipun, semalam kan ayah saya kata nak jumpa dengan Faiz.” Raihan menyelit.
“Terima kasih sangat. Saya tak tahulah apa akan jadi kalau orang lain yang nampak Faiz tadi.” Faiq mengucapkan terima kasih atas jasa baik gadis cilik itu.
“Jomlah masuk pejabat. Ayah saya mesti tak sabar nak jumpa Faiz.” Ajak Raihan. Lalu, mereka bertiga jalan bersama masuk ke bangunan pejabat semula.
Share this novel