“KAKAK! Kakak! Jomlah kita balik….” Seorang budak lelaki dalam lingkungan 7 tahun menarik-narik tangan Raihan. Raihan pelik.
‘Sejak bila aku ada adik lelaki ni? Adik perempuan pun tak ada….’ Bisik hatinya.
“Adik…. Nama adik siapa? Adik ni dari mana? Datang dengan siapa?” tanyanya bertubi-tubi.
“Faiz! Faiz! Faiz!” terdengar suara seorang lelaki yang kelihatannya mencari dan memanggil seseorang.
Raihan memandang lelaki itu bersilih-ganti dengan budak itu. Mungkin ini budak yang dicarinya tu. Raihan memimpin tangan kanak-kanak itu dan berjalan agak laju mengejar langkah lelaki yang sedang tercari-cari seorang diri. Penat mengejar, akhirnya Raihan terpaksa berhenti. Jarak mereka tika itu tidaklah terlalu jauh. Kalau dipanggil dari tempat Raihan berdiri, pastinya boleh didengari.
“Encik! Encik!” Raihan sedikit terjerit. Lelaki itu berhenti melangkah. Dia menoleh. Melihatkan budak yang sedang dipegang oleh Raihan, cepat-cepat dia berlari ke arah Raihan. Terus sahaja dia memeluk kanak-kanak itu. Raihan melepaskan pegangan.
“Faiz pergi mana, sayang? Abang risau….” Tanya lelaki itu lembut kepada adiknya.
“Pergi ajak kakak balik sekali dengan kita….” Jawabnya polos.
“Kakak?” terus lelaki itu memandang Raihan. Wajahnya jelas terkejut. Raihan semakin terasa pelik. Terasa kurang senang kerana ditenung lama oleh lelaki itu. Merah sudah wajahnya.
“Abang…. Jomlah ajak kakak balik….” Pinta adiknya lagi menyedarkannya dari lamunan. Menyelamatkan Raihan dari matanya yang memandang tajam.
“Sayang… Kakak dah tak ada….” Raihan terdengar lelaki itu bersuara lirih terhadap budak tadi. Budak kecil bernama Faiz itu mula menangis dan akhirnya bertukar raungan. Walaupun dipujuk, dia tetap menangis. Lelaki itu kelihatan agak buntu.
“Jom, kita balik.” Raihan bersuara mengajak budak itu. Serta-merta tangisannya terhenti. Lelaki tadi terkejut.
“Encik…”
“Faiq. Faiq Raihan.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya. Raihan agak terkejut mendengarkan nama mereka yang serupa.
“Nama cik?” tanya Faiq Raihan
“Raihan.”
“Ye, cik?”
“Tak… maksud saya, nama saya Raihan.” Raihan membalas pertanyaan Faiq Raihan. Lelaki itu tersenyum mendengar jawapan Raihan.
“Faiz, kakak ajak balik. Jom?” Faiq Raihan memandang adiknya. Faiz mengangguk.
“Cik Raihan… larat tak dukung adik saya?” Faiq Raihan bertanya pula pada Raihan.
“InshaaAllah. Faiz, mari sini….” Raihan memanggil kanak-kanak itu dan mendukungnya. Raihan mengikuti langkah lelaki tadi menuju ke kereta.
Perjalanan ke rumah Faiq memakan masa 15 minit dari masjid yang disinggahi mereka tadi. Sebenarnya, sebuah carnival dianjurkan di masjid berkenaan. Tujuannya adalah untuk menarik orang ramai agar lebih gemar menghadiri program dan majlis-majlis ilmu yang diadakan di masjid-masjid. Faiq mendukung adiknya yang lena tidur masuk ke dalam bilik. Raihan hanya menunggu di luar rumah. Tak dijemput masuk langsung.
“Err… cik…. Maafkan saya sebab tak dapat jemput cik masuk sebab dekat rumah ni saya cuma tinggal dengan adik saya.” Faiq Raihan kelihatan serba salah. Raihan terenyum.
“Tak pe, encik. Sekejap lagi, kawan saya datang ambil saya untuk balik ke rumah.” Raihan membalas. Lelaki itu mengangguk. Dia mempersilakn Raihan duduk di meja berdekatan pagar rumah.
“Maafkan saya sebab dah menyusahkan cik tadi.” Faiq memohon maaf.
“Tak mengapa. Tapi, kalau boleh saya tahu, apa sebenarnya yang terjadi?” Raihan bertanya penuh hati-hati.
“Sebenarnya, kami ada seorang kakak. Dia baik. Tapi, sayangnya dia mudah terpengaruh. Disebabkan harta, dia rela berkahwin dengan seorang lelaki kaya tetapi bersyarat, iaitu kakak tak dibenarkan membantu kami. Saya benci dengan sikapnya itu. Sebab itulah saya katakana yang kakak sudah tiada.” Raihan menjadi pndengar.
“Encik, maaf saya menegur. Tapi, encik tak sepatutnya membenci kakak encik dan melibatkan adik encik. Encik sendiri lihat akibatnya bila encik libatkan Faiz dalam hal ni. Dia masih kecil. Jangan cemari hatinya yang bersih dengan benci yang buruk.” Raihan menasihati.
Pon! Pon!
Bunyi hon kereta dari luar memeranjakan mereka. Raihan meminta kawannya untuk menunggu sebentar.
“Pesanan buat encik sebelum saya pergi, maafkanlah kesalahan kakak encik. Sesungguhnya, memaafkan itu satu sifat mulia. Boleh jadi, saat kita susah adalah kerana dosa sendiri. Dan boleh jadi, dosa itu tidak terampun adalah kerana kita ego tidak mahu memaafkan orang lain. Saya yakin encik faham apa yang saya katakan. Bila encik dah berjaya memaafkan nanti, jangan lupa cari saya. Saya akan rindukan Faiz.” Raihan meminta diri dan terus berlalu membiarkan lelaki itu berfikir.
Share this novel