BAB 15

Romance Completed 10067

FAIQ di depan pintu memberi salam sekali lagi. Tak sabar untuk dia berjumpa dengan Raihan dan mengucap kata terima kasih kerana telah membantunya menjaga Faiz hari ini. Dalam hatinya, menyimpan satu niat yang dibulatkan tekad untuk diluahkan pada malam ini juga. Beberapa hari kebelakangan ini, dia tidak menyedari, baru hari ini dia dapat melihat dan mengetahui dengan jelas apa yag dirasakannya.

“Wa’alaikumussalam… haa… sampai pun…. Ingatkan tak jumpa jalan. Jemput masuk.” Raihan mempelawanya. Faiq hanya membalas dengan senyuman lalu mengikuti langkah Raihan menuju ke ruang makan.

Langkah Faiq terhenti saat terpandangkan satu wajah di meja makan. Riak wajahnya berubah. Ingin berpatah balik, takut digelar tidak matang dan kurang ajar. Faiq mengawal emosinya dan terus berjalan mengambil tempat duduk di sebelah Faiz. Seketika kemudian, datang pula seorang lelaki yang Faiq kenali. Encik Imran, abang kepada Raihan. Faiq seperti baru dapat menangkap sesuatu.

Farihah sendiri terkejut melihat wajah Faiq tiba-tiba muncul di hadapannya saat ini. Wajahnya ditundukkan. Dia tahu Faiq masih marahkannya. Tapi, Faiq perlu tahu suatu kebenaran. Kebenaran yang perlu dibongkarkan dengan segera. Faiq duduk diam dan suasana di meja makan sepi. Hanya suara Encik Idham yang mempelawa mereka makan kedengaran. Lalu suasana kembali sunyi dan sepi.

“Abang, bacakanlah doa makan macam selalu dulu.” Pinta Faiz. Faiq terkedu. Diam memandang Faiz.

Masing-masing sudah mengangkat tangan, menadah untuk mengaminkan bacaan doa. Terketar Faiq Raihan mengangkat tangannya. Wajahnya ditundukkan. Bacaan doanya tersekat-sekat. Dia menahan sebak. Menahan mata dari mengeluarkan air mata. Memang dia rindu, tapi marah menguasai. Bacaannya yang tersekat itu terus disambung oleh Faiz. Faiq sudah menangis. Cuba dikawal kembali rasa kesedihan yang amat mendalam itu. Suasana mulai tenang dan masing-masing diam menjamah makanan yang tersedia. Dalam hati, Faiq memuji masakan itu. Sedap dan cukup rasa walaupun tadinya dia hilang selera.
?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience