BAB 12

Romance Completed 10067

FAIQ Raihan membiarkan Faiz berseronok dengan Encik Idham. Faiq kembali ke biliknya untuk menyambung kerja. Kepalanya diangkat apabila terasa dirinya diperhati oleh seseorang. Raihan sudah duduk di kerusi bertentangan. Terkejut Faiq melihatnya. Raihan cuma tersenyum simpul.

“Jadi, faham tak ayat saya semalam tu?” tanya Raihan meminta kepastian.

“Ha…. Tak faham.” Jawab Faiq, selamba. Memang dia tak faham langsung apa yang dimaksudkan dengan gadis itu semalam.

“Baiklah, apa yang awak faham tentang kepercayaan dan hormat?” tanya Raihan.

“Kepercayaan tu, macam keyakinan terhadap sesuatu, atau seseorang. Hormat tu satu rasa yang membuatkan kita berpada-pada dalam setiap tindakan dan kata-kata, menjaga hati orang lain.” Jawab Faiq.

“Kepercayaan tu, kalau secara umum akan membawa maksud keyakinan atau pengakuan terhadap sesuatu kebenaran. Kalau dalam konsep Islam, kepercayaan ni membawa maksud keimanan. Tapi, dalam apa yang awak katakan hari tu, awak bercakap tentang kepercayaan terhadap manusia. Awak kata awak hilang kepercayaan, tapi, tak membawa maksud awak hilang keimanan. Jadi, apa maksud sebenar kepercayaan bagi seseorang?” soal Raihan lagi. Faiq bungkam. Gadis di hadapannya ini memang bukan gadis biasa.

“Yakin terhadap kebenaran seseorang?” Faiq mencuba. Pada pemahamannya kini, begitulah.

“Betul. Yakin terhadap kejujuran dan kebaikkan seseorang. Untuk mendapatkan rasa dipercayai dan mempercayai seperti ini, ia bergantung pada tonggaknya iaitu keimanan kepada Allah dan Rasul serta rukun iman yang lainnya.” Gadis itu membenarkan, lalu menjelaskannya. Faiq Raihan kagum sendiri.

“Hormat pulak?” soal Faiq. Rasa ingin tahunya membuak-buak membuatkan dia terlupa tentang kerjanya yang masih belum siap.

“Awak sambung kerja, nanti tak siap pulak. Saya tuliskan jawapannya dalam kertas. Siap nanti, awak bacalah.” Ujar Raihan. Bijak, memang bijak.

Faiq Raihan pasrah. Rasa ingin tahunya terbantut bila disedarkan dengan kerjanya yang berlambak. Dia cuba kembali fokus pada kerjanya sementara gadis itu diam mengeluarkan buku nota dan sebatang pen dari dalam beg yang dibawanya. Laju sahaja tangan kecilnya menggerakkan pena menulis sebuah penjelasan buat seorang lelaki bernama Faiq. Faiq hanya diam dan memandang kembali kerjanya. Sedikit demi sedikit, dia sendiri terleka dengan kerjanya sehingga tidak sedar bahawa Raihan sudah lama keluar dan waktu kerja juga sudah hampir tamat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience