BAB 9

Romance Completed 10067

“Dah jumpa ke dengan Faiq Raihan?” wanita itu bertanya pada suaminya.

“Sudah…. Tengah hari tadi jumpa dan kenal-kenal sikit.” Jawab suaminya.

“Macam mana dengan keadaan dia sekarang?” isterinya tak jemu bertanya lagi.

“Alhamdulillah, dia sihat. Hidup pun semakin baik. Raihan jumpa dengan adiknya sekali petang tadi.” Sabar sang suami menjawab.

“Adik? Faiz? Oh, Raihan balik lambat sebab jumpa Faiz?” tanyanya lagi.

“Ya…. Raihan kan tak ada adik, sebab tu dia suka jumpa Faiz katanya. Seronok melayan budak.” Jawab si suami.

“Mesti Faiz makin bijak sekarang. Rindu dorang.” Luah sang isteri. Perlahan-lahan, air mata jatuh membasahi pipinya. Tangisan kerinduan yang takkan pernah terpadam.

“Jangan menangis, sayang. InsyaaAllah nanti pasti bertemu dan bersatu kembali.” Cepat-cepat si suami memujuk. Bukan dia tak tahu kesengsaraan sang isteri. Bukan dia tidak tahu kerinduan si isteri yang amat mendalam. Cuma, dia tak mahu melihat insan yang dicintainya itu menangis. Lalu, hatinya berjanji untuk mempertemukan kembali si isteri dengan adik-adik kandungnya.
?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience