BAB 6

Romance Completed 10067

GEMBIRA sungguh Faiz apabila abangnya menunaikan janji untuk bertemu dengan ‘Kakak’. Perancangan Allah sangat baik. Sudahlah dipertemukan dengan Raihan, dipermudahkan pula urusannya bila Raihan sendiri meminta untuk bertemu dengan Faiz. Tidaklah Faiq pening memikirkan cara untuk meminta bantuan Raihan di hadapan abang ipar dan bapa gadis itu. Raihan sebagai anak bongsu melayan sahaja karenah Faiz. Barulah merasa ada adik, walaupun bukan darah dagingnya.

Raihan membelikan Faiz mainan yang disukai oleh Faiz. Faiq memang tidak sempat menghalang. Raihan sudah awal-awal katakan tak perlu haling kerana itu memang niatnya hendak bertemu kanak-kanak comel itu. Selepas seronok memilih permainan, Raihan membawanya ke kedai baju pula. Beberapa pasang baju dibelikan untuk Faiz. Faiq? Dia dah kerja, boleh beli sendiri. Penat berjalan, mereka singgah di kedai makan. Pesanan dibuat, lalu masing-masing duduk diam melepaskan lelah.

“So, awak still tak boleh maafkan kakak awak ke?” Raihan menyoal memecahkan kesunyian. Faiz leka membelek mainan barunya.

“Entahlah. Susah untuk saya maafkan dia selepas apa yang dia dah buat pada kami. Dalam masa yang sama, saya kesiankan Faiz. Tak mungkinlah saya nak harapkan awak je untuk jadi ‘kakak’ dia. Saya keliru. Setiap kali tengok awak pun, saya Nampak bayang-bayang kakak saya.” Faiq jujur. Raihan hanya mendengar. Suasana kembali hening. Pesanan telah siap dan terus dihantar ke meja mereka.

“Saya tahu dan faham peritnya ditinggalkan orang tersayang. Saya pernah laluinya cuma mungkin cara kita hadapi itu berbeza. Awak kehilangan 3 orang, tapi saya cuma seorang. Namun, itu sudah cukup memeritkn bagi saya.” Raihan meenyuapkan sesudu nasi goreng.

“Ada sesuatu lagi yang awak perlu tahu, saya sebenarnya kehilangan 4 dan sekaligus menjadi 5. Pertama ibu, kedua ayah, ketiga kakak, keempat wanita yang saya cinta, lalu mengkhianati saya.” Balas Faiq. Raihan mengerutkan dahinya.

“Jadi, yang kelima?” Raihan menyoal dengan rasa sangat ingin tahu.

“Kepercayaan. Saya hilang kepercayaan saya pada insan yang namanya wanita, perempuan, gadis dan sama waktu dengannya. Malah saya sendiri hilang percaya tentang cinta. Apa guna bercinta dan ada rasa cinta andainya ia sekadar untuk dikhianati?” jawapan dari Faiq diakhiri dengan sebuah persoalan. Suasana kembali sepi. Masing-masing diam menikmati makanan sendiri.

“Encik, maafkan saya andai ini mengguris hati. Tapi, cinta tak sama dengan hormat. Harap encik faham apa yang saya cuba sampaikan. Kalau tak faham, insyaAllah encik akan faham perlahan-lahan. Episod pertemuan kita masih banyak.” Raihan mengungkap kata. Faiq membisu hinggalah makanan dan minumannya dihabiskan.
?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience