BAB 13

Romance Completed 10067

FAIQ Raihan meregangkan badannya. Penat yang teramat dirasakan. Baru dia tersedar pejabat itu sudah hampir kosong. Satu kertas berlipat dan ditindih dengan buku yang ada, diambil. Sambil itu, matanya ditalakan ke arah jam di dinding. Sudah lebih 5 minit waktu kerja tamat. Faiq Raihan segera mengemaskan mejanya serta barang-barangnya. Kertas berlipat tadi pastinya dari Raihan. Entah bila gadis itu keluar, dia sendiri tidak tahu. Faiq duduk sebentar untuk membaca surat tersebut. Sudah tidak dapat ditahan keinginannya untuk mengetahui apa yang hendak diperkatakan oleh Raihan.

“Hormat itu adalah satu rasa yang muncul bila kita memandang tinggi pada seseorang, lalu kita melayaninya dengan baik dan sopan, penuh takzim dan mulia. Cinta takkan sama dengan rasa hormat sebab cinta melahirkan rasa yang sangat kuat untuk kita berkorban dan mengorbankan. Tapi, hormat membuatkan sikap kita lebih tertib dan terjaga malah, kita tahu siapa yang kita perlu hormat. Cinta dan hormat tak sama, tapi perlu ada bersama. Kalau orang selalu kata, cinta itu buta. Tapi, hormat? Hormat tak buta. Kita tahu dan sedar siapa yang kita perlu hormat dan cinta, dan siapa yang perlu kita hormat walau tak cinta. Contohnya, macam awak dengan ibu bapa dan adik awak, sebab cinta dan hormatkan mereka, awak jadi sangat-sangat baik dan menghargai mereka. Walaupun awak tak cintakan ayah saya, tapi awak hormatkan dia kan? Sebab sebenarnya awak cinta benda lain; kerjaya awak. Macam tu la dengan apa yang sedang awak rasakan sekarang. Awak kata awak bencikan kakak awak, tapi sebenarnya, awak sangat-sangat cintakan mak ayah dan adik awak. Awak dan mereka, adalah dari tempat yang satu. Ibu bapa yang sama. Air dicincang takkan putus. Awak cintakan perempuan yang dah banyak beri semangat pada awak, dan awak hormati keputusannya, keputusan keluarganya. Cinta itu bukan pada semua orang, tapi hormat itu boleh pada semua orang. Dalam ketidaktenangan hati awak, ada kemaafan yang belum terlepas.

Saya tengok, awak khusyuk sangat bekerja, jadi saya tak nak ganggu. Saya bawak Faiz balik rumah saya. Ayah saya jemput datang makan malam ni. Jadi, awak boleh ambil adik awak sekali. Ni saya bagi alamat sekali.”

Faiq Raihan selesai membaca surat dari Raihan. Dalam hatinya mengakui kebenaran bahawa hatinya tidak tenang. Sudah beberapa lama dia juga dalam kerinduan sejujurnya. Faiq membaca sekilas alamat rumah yang tertulis di atas kertas itu. Baru dia sedar yang tadi sepatutnya dia pulang bersama Faiz. Tak mengapalah. Dia percayakan Raihan. Faiq Rauhan cepat-cepat keluar dari pejabat dan memandu pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience