BAB 9

Romance Completed 2375

“angah sakit lagi?” soal Aryana sambil mencium dahi anaknya. Muharram gelengkan kepalanya dan memeluk leher Aryana . Aryana mendukung anaknya dan menyanyi kecil untuk menghiburkan Muharram . Muharram sangat tak sukakan hospital dan dia selalu merengek bila terpaksa bermalam di hospital tapi, kali ini Muharram lebih tenang.

“Puan Aryana , boleh saya cakap si…”
Suasana senyap beberapa minit dan wajah terkejut Aryana bertukar kepada benci dengan serta merta. Wajah Arja masih lagi jelas terkejut dengan kemunculan Aryana di situ. Lebih mengejutkan ialah, Muharram adalah anak kepada Aryana .

“apa kau buat kat sini?!” soal Aryana lantang menyebabkan Muharram ketakutan. Aryana tak pernah tinggikan suara selama ini.

“saya…kerja kat sini” maklum Arja.

“Dr. Arja, ni laporan kesihatan Muharram ” nurse menyerahkan laporan kepada Arja.

‘Arja?’ nama itu bermain dalam benak Aryana . Dia kenal wajah itu tapi bukan nama itu.

“Puan” Arja bersuara menyedarkan Aryana sepertinya yang hilang tumpuan. Aryana memandang Arja dan tanpa berfikir banyak dia terus keluar dari ward itu bersama dengan Muharram . Panggilan daripada Arja dan jururawat itu tidak dihiraukan.

“kau gila ke Ary? Angah perlu ada di hospital!” marah Seha bila dia dapat tahu Aryana bawa balik Muharram walaupun Muharram masih lagi perlu di tahan di hospital.

“aku tak nak dia jumpa anak-anak aku! Aku tak nak dia sentuh anak-anak aku!” jawab Aryana dengan marah, dia dah tak pedulikan nada dia yang tinggi saat ini.

“siapa?” soal Seha bengang.

“Khairul !” jerit Aryana dan mengambil Muharram yang sedang menangis di belakang sofa kerana ketakutan. Awwal juga didukung oleh Aryana masuk ke dalam biliknya. Perasaan takut kehilangan anak-anaknya kembali ke bayangan matanya.

“Ary, angah perlukan rawatan. Kita perlu bawa dia ke hospital. Kita minta doctor lain” pujuk Seha dengan nada perlahan di sebalik pintu.

Aryana berfikir seketika dan dia memandang dua anaknya yang masih lagi dengan esakan. Aryana meraup mukanya dan mencium pipi kedua anaknya sebelum membuka pintu supaya Seha masuk. Sebaik kaki kanan Seha melangkah setapak, Aryana terus memeluk Seha.

“aku tak nak dia ambil anak-anak aku, kau tanya aku dulu, mana aku dapat kesan lebam tu semua kan? Dia…dia bekas suami aku” dengan esakan Aryana terus menangis dalam pelukan kawan baiknya itu.

Seha tak mampu untuk membuka mulutnya lagi sebaik mendengar cerita ringkas Aryana . Kini dia menyesal dah tinggikan suara dan salahkan semuanya di atas bahu Aryana . Dia meminta maaf berkali kali dan memeluk Aryana erat.

Arja tak senang duduk di kerusinya, dia risaukan keadaan Muharram , sepertinya ada masalah lain pada perut Muharram , bukan sahaja ulser. Apa yang membimbangkan dia adalah jika itu adalah kanser, kanak-kanak kecil dan tak berdosa seperti Muharram tak sepatutnya menghadapi masalah itu di usia yang terlalu muda.

“saya nak alamat Puan Aryana , Muharram perlu dapatkan rawatan” pinta Arja setelah berusaha keras dan setelah mendapatnya dia segera memandu Mitsubishi Lancer miliknya ke alamat tersebut tetapi dia hampa bila rumah itu kosong tidak berpenghuni.

Arja memandu pula ke kedai buku dan dia segera masuk ke dalam kedai. Dia dapat mengesan Aryana dan dia segera mendekati Aryana .

“Puan, Muharram perlu berada di hospital. Masih ada pemeriksaan susulan yang perlu dibuat” dengan tegas Arja bersuara. Dia tak peduli apa masalah Aryana padanya, yang dia tahu Muharram perlu kembali ke hospital.

Aryana terkejut dengan kemunculan Arja di situ tapi dia dengan berani menentang Arja.

“puan perlu kembalikan Muharram ke hospital” tegas Arja lagi.

“aku ibu pada Muharram , kau tak berhak nak arahkan aku” balas Aryana kasar, sabarnya sudah habis.

“ibu jenis apa yang sanggup biarkan anak dia sakit…”

‘Panggg!!!’ bunyi kuat itu menyebabkan suasana dalam kedai buku senyap.

Pipi Arja masih lagi terasa pijar dan hangat dengan tamparan itu, dia yakin ada kesan merah pada pipinya. Aryana memandang tangannya dan pipi Arja tidak percaya, dia tak sangka tangannya telah menampar wajah yang dia paling benci itu. Seha juga masih lagi terkejut dengan apa yang Aryana lakukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience