BAB 1

Romance Completed 2375

“Woi kau dengar sini perempuan! Aku sebenarnya jijik nak tengok muka kau! Kau jangan fikir aku nak hadap muka kau, kau pun tahu kan yang aku kahwin dengan kau semata-mata nak harta dan pangkat tu je, apa kau ingat aku sangap sangat ke nak perempuan macam kau?’’ tengking suaminya itu seraya menolak kepala Aryana sehingga membuatkan tubuh lemah itu terjatuh di lantai dek kerana hilang kawalan.

“Khairul …”

“Stop sebut nama aku or else aku kerat lidah kau! Kau jangan sebut nama aku, jijik aku rasa nama aku keluar dari mulut celaka kau tu!” kaki lelaki bernama Khairul yang bergelar suami kepada Aryana memijak tubuh Aryana tanpa sekelumit rasa belas kasihan pada isteri yang merupakan ibu kepada zuriatnya.

“aku tak sabar nak tengok kau blah dari sini! Semak!” sekali lagi kaki Khairul menyepak kaki Aryana dan dia terus beredar dari situ tanpa rasa bersalah.

“umi!!!” jeritan dari suara kecil itu menyedarkan Aryana daripada lamunannya mengenai kisah silamnya yang hitam.

Aryana memandang anaknya dan tersenyum senang. Awwal dan Muharram yang baru sahaja berumur empat tahun mampu memahami maksud menangis dan dia tahu Umi mereka sedang bersedih. Muharram memanjat ke ribaan Aryana dan mengesat air mata di pipi Aryana sebelum menciumnya.

“umi sedih sebab along dan angah degil ya?” soal Awwal , anak kecil itu membuatkan Aryana tersenyum sedikit.

“mana ada anak umi ni degil, dah makan?” soal Aryana dan Awwal menggelengkan kepala dengan bibirnya yang dijuihkan sedikit. Maksudnya dia tengah lapar.

“Aunty Mei tak sediakan makanan ke?” soal Aryana .

“ada, tapi angah tak nak makan, along pun tak makan” jawapan dari Awwal buatkan Aryana memandang Muharram . Muharram seorang anak yang pendiam dan pemalu, sehingga hari ini, Muharram masih lagi tak mampu bercakap seperti Awwal . Apa yang Muharram boleh sebut hanyalah perkataan Umi.

Aryana mulanya risau dengan keadaan Muharram tetapi bila dia berjumpa dengan pakar, pakar hanya menyatakan yang Muharram sihat sepenuhnya. Tiada siapa yang tahu kenapa Muharram tidak mahu bercakap. Semuanya atas kehendak Muharram sendiri. Selagi Muharram menghalang dirinya, tidak ada apa yang mampu Aryana lakukan. Aryana hanya mampu berdoa dan berharap anaknya akan bercakap seperti Awwal suatu hari nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience