BAB 12

Romance Completed 2375

Arja balik ke banglo mamanya hari ini, selama ini dia akan mengelak tapi hari ini, dia perlukan jawapan kenapa semua orang rahsiakan perkahwinan Khairul dan Aryana .

“ Arja balik?” jelas terkejut nada tua itu dan Arja bukannya pulang untuk mendapat layanan istiewa atau mesra, dia perlukan jawapan.

“sayang! You datang jumpa I ya?” soal Shiha yang turut sama terkejut dengan kemunculan Arja petang itu.

“kenapa tak ada satu pun gambar perkahwinan Khairul yang tergantung dalam rumah ni? Sedangkan gambar tunang Arja ada?” soalan Arja buatkan Datin Hanim kecut perut, dia tak sangka yang Arja akan tahu hal ini.

“mana isteri Khairul ?” soal Arja lagi.

“ma…mana Arja dengar semua ni?” soal Datin Hanim.

“penting ke? Apa yang menyedihkan ialah, Arja dengar semua ni daripada orang luar”

“bukannya penting pun siapa isteri Khairul ”

“tak penting mama? Tak penting? Anis yang Khairul panggil sepanjang dia sakit tu isteri dia ke?” soal Arja sedih bila teringatkan saat arwah kembarnya merayu memanggil nama Anis dan meminta dimaafkan.

“apa nama isteri Khairul ma?” bentak Arja.

“Anis Aryana !” jawab Datin Rahmah dan Arja terduduk di sofa. Tangan Arja bergetar menahan pelbagai rasa yang ada di dalam hatinya sekarang ini.

“tergamak mama biarkan arwah pergi dalam keadaan berhutang kepada isteri dia”

“dia yang tinggalkan rumah ni! Perempuan tak sedar diri!”

“mama! Tergamak mama biarkan arwah pergi dalam seksa macam tu. Khairul tu anak mama!”

“perempuan tu sendiri yang pergi…”

“ Arja minta diri dulu” Arja segera beredar dari situ. Dia tak betah untuk berlama, dia bimbang dia akan jadi anak derhaka nanti. Arja berhenti di tengah jalan dan berlari ke bilik arwah kembarnya dan mencari bukti perkahwinan ataupun penceraian Khairul dan Aryana .

Ada satu kotak yang kemas tersimpan barang katil arwah Khairul . Arja mengambil kotak itu dan terus keluar dari banglo itu untuk kembali ke apartment miliknya. Panggilan daripada Shiha dia abaikan tanpa rasa bersalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience