BAB 6

Romance Completed 2375

“ya Allah, kenapa dengan angah ni along?” soal Aryana risau dan duduk di sebelah Muharram sambil mengusap belakang Muharram .

Awwal mula menangis dan menggelengkan kepalanya kerana tidak tahu apa yang sedang berlaku. Bila Awwal menangis, Muharram mula menangis dan hampir menyebabkan dia tersedak muntahnya sendiri.

“Awwal , ambilkan telefon Umi, cepat” arah Aryana dan masih cuba untuk menenangkan Muharram . Awwal berlari masuk ke dalam bilik dan mendapatkan telefon Aryana sebelum kembali kepada uminya.

“sayang, dengar cakap umi, jangan nangis, nanti angah sedih” pinta Aryana dan menahan tangisnya, air matanya yang sudah hampir gugur dihapus dengan segera. Tangannya terketar-ketar mencari nombor telefon Seha. Dalam telefonnya hanya ada dua nombor iaitu nombor Aunty Mei dan nombor Seha.

“Ary, ada apa?” soal Seha sebaik menjawab panggilan Aryana .

“Seha, tolong aku, aku nak pergi hospital”

“hospital? Kenapa?”

“angah”

“dia muntah-muntah lagi ke? Okay, bagi aku 15 minit” setelah itu panggilan di matikan.

Muharram sudah berhenti muntah dan badannya sangat lemah, Aryana bersiap ala kadar dan menunggu Seha di depan rumahnya. Dia tidak mempunyai kereta, hanya motorsikal, yang bukan miliknya tetapi milik Seha. Seha berikan kepada Aryana supaya mudah untuk Aryana bergerak.

Mereka bergegas ke hospital dan Muharram dibawa ke ruang kecemasan, Aryana tidak mampu menahan rasa risaunya dan dia hampir menangis di bahu kawannya itu. kali ini, kali ke tiga Muharram dimasukkan ke hospital kerana muntah dengan teruk. Aryana masih lagi mengumpul duit untuk dibawa berjumpa pakar.

Arja baru sahaja selesai tugasnya dan dia sedang membuat laporan terakhir sebelum balik ke rumah setelah seharian bertugas, badan dia sangat penat dan dia perlukan rehat dengan kadar segera. Baru sahaja dia ingin menanggalkan kot putih miliknya, satu katil menolak seorang kanak-kanak ke wad kecemasan menariknya untuk kembali bertugas walaupun waktu kerjanya sudah tamat.

“doc, baguslah doc ada kat sini” seorang nurse lega bila ada doctor yang segera tangani kes itu. bukan sebarang doctor, doctor pakar lagi.

“ok, angkat dia naik katil” maklum Arja dan jururawat yang bertugas segera lakukan apa yang di minta.

Selama 10 minit Arja buat pemeriksaan kemudian dia mengeluh kepenatan tapi dia tersenyum sebaik terdengar suara kecil itu mula kedengaran. Arja tahu yang kanak-kanak itu sedang kesakitan.

“nama pesakit?” soal Arja sambil mengambil laporan kesihatan kanak-kanak yang memandangnya dengan mata bulat itu. Arja rasa pelik dengan renungan dalam itu tapi dia hanya tersenyum dan berfikir yang kanak-kanak itu ketakutan di tempat asing.

“Muharram Fattah Bin…”

“Umi!” Muharram memanggil nama itu sebelum mula memandang dinding dan matanya mula bergenang.

“kejap lagi Muharram boleh jumpa Umi ya, sekarang ni doctor nak check dulu, doctor sentuh perut Muharram ya, kalau sakit cakap” Arja cuba berkomunikasi dengan Muharram dan apa yang Muharram buat hanyalah memandang Arja.

Arja mula menggerakkan tangannya ke beberapa bahagian di perut Muharram dan ada beberapa tempat menyebabkan Muharram bergerak dan keluarkan bunyi kecil. Arja tersenyum sedikit dan menggerakkan tangannya kepada beberapa bahagian lagi.

“Muharram dah makan?” soal Arja masih cuba untuk berkomunikasi dengan Muharram .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience