BAB 4

Romance Completed 2375

Aryana tahu yang dia akan disoal oleh Seha dan dia akan dimarahi dengan teruk. Prestasi kerjanya memang teruk dalam bulan ini. dia tahu dia tak patut buat macam tu pada customer tapi dia sangat tak tahan untuk melihat seraut wajah yang paling dia ingin lupakan selama empat tahun ini. wajah yang membawa kisah hitam dalam hidupnya.

“cakap!” tegas Seha bersuara sebaik dia masuk ke dalam ruangan rehat pekerja. Aryana memandang Seha dengan mata yang bergenang. Dia tak nak menangis dan buka balik kisah hitamnya kepada sesiapa sahaja.

“aku minta maaf…” pinta Aryana sebelum menangis. Selama empat tahun ini dia jauhkan diri daripada society. Dia dah lama menjauhkan diri daripada masyarakat dan hanya bercakap dengan beberapa orang yang penting dalam hidupnya. Dia tak punya keluarga, dia sebatang kara.

“Ary, kau kenapa?” soal Seha resah bila buat kali pertama Aryana menangis di hadapannya dan rasa marahnya kepada Aryana terus lesap. Dia yakin ada perkara yang tak kena tapi dia tak nak memaksa Aryana untuk bercerita.

”ok, jangan nangis.”

“aku tak nak jumpa lelaki tu. Aku benci dia” luah Aryana dengan esakan yang masih jelas menyebabkan Seha menangkap satu perkara. Aryana kenal dengan lelaki itu dan lelaki itulah yang menyebabkan Aryana bersedih selama ini.

“Dr. Arja!” doctor yang dipanggil itu tersedar dari lamunannya dan memandang jururawat yang menegurnya itu. jururawat itu tergelak kecil dengan tindak balas yang Arja berikan.

“ada apa, Nisa?” soal Arja sambil mengurut dahinya yang mula berkerut.

“doc fikirkan apa sampai saya panggil beratus kali tak dengar?”

“tak ada apa la, kenapa?” soal Arja lagi dan dia tergelak kecil. Dia jarang termenung dan bila dia termenung pasti sampai ke bulan. Lebih laju daripada kapal angkasa yang Neil Armstrong guna.

“saja, jarang tengok doc yang hiperaktif ni diam dan termenung melainkan…” Nisa sengaja memanjangkan nada di belakang untuk menimbulkan rasa ingin tahu Arja.

“melainkan?” soal Arja berminat.

“fikirkan tentang perempuan” jawab Nisa dengan sengihan lebar. Arja tergelak dan gelengkan kepala sebelum beredar tanpa memberi sebarang balasan kepada Nisa.

Arja memang fikirkan tentang seorang perempuan dan dia sendiri keliru dengan perempuan yang dia fikirkan. Dia tak pernah kenal dengan perempuan itu, dia tak pernah lihat perempuan itu. tetapi, bayangan dan wajah benci yang perempuan itu tunjukkan pada dia buatkan dia rasa tak senang. Dia ingin berjumpa dengan perempuan itu lagi dan tanya berjuta soalan yang sedang berlegar dalam otaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience