BAB 14

Romance Completed 2375

Aryana bahagia bila melihat anak-anaknya bahagia tapi dia telah hadkan hatinya dan dia hanya bahagia kerana anak-anaknya bahagia. Dia tidak mempunyai impian mahupun perancangan untuk dirinya sendiri.

“umi! Papa! Papa!” jerit Muharram berkali kali menyebabkan Aryana berpaling dan memandang Arja yang tengah menaikkan layang-layang. Mereka semua berkelah di kawasan taman yang lapang dan luas di mana kebiasaan orang menaikkan layang-layang mahupun wau.

“wah, hebat betul papa Muharram dan Awwal ni” Aryana usap kepala Muharram yang masih lagi taksub dengan layang-layang miliknya yang sedang melayang tinggi di udara. Walaupun hanya dua patah perkataan keluar dari mulut Muharram , Aryana rasa sangat puas hati.

“Aryana , esok saya cuti, boleh kita pergi mall? Saya nak belikan anak-anak baju baru” Arja duduk di sebelah Aryana setelahkan serahkan tali layang-layang kepada Awwal dan Muharram dan biarkan berdua bermain dengan ceria.

Aryana masih lagi rasa kekok dengan kehadiran Arja dan dia masih lagi tak mampu untuk bercakap secara tidak formal dengan Arja.

“Doc dah belikan banyak untuk mereka, tak payah la” tolak Aryana tanpa memandang Arja.

“tapi saya nak jugak, saya suka belikan barang untuk mereka” pujuk Arja dengan nada sedikit merajuk menyebabkan Aryana tersenyum.

“saya tak nak anak-anak rasa terlalu berkemampuan”

“tapi, saya nak mereka rasa senang dan selesa”

“saya faham, saya bukan tak benarkan tapi jangan selalu sangat” terang Aryana lagi dan Arja tarik muka merajuk bila permintaannya ditolak oleh Aryana .

“tapi, saya nak jugak keluar dengan mereka esok, pergi taman ke” cuba Arja lagi.

“ya, doc boleh bawa mereka keluar”

“betul?” soal Arja kembali ceria, Aryana jawab soalan itu dengan anggukan.

“kita nak pergi mana eh?” soalnya pada Aryana lagi.

“bukan kita, doc dan anak-anak je, saya kerja esok” jawab Aryana menyebabkan Arja terdiam lagi.

Arja memandang langit dan cuba berfikir kenapa dia mesti rasa sedikit kecewa sekarang ni. Dia hanya berniat untuk bahagiakan Awwal dan Muharram .

Aryana menunggu di depan rumahnya bila hari dah lewat petang, sepatutnya anak-anaknya dah balik pada waktu ini. Aryana bermain dengan jarinya sambil berdiri di muka pintu dengan sabar. Setelah dua minit menunggu sebuah kereta hitam berhenti di depan rumahnya. Senyuman Aryana segera merekah dan dia segera menghampiri kereta hitam itu.

“umi! Umi!” Awwal dan Muharram segera keluar dari kereta dan memeluk Aryana yang sedang menunggu mereka dengan senyuman. Tak lama selepas itu, Arja keluar daripada kereta dan tersenyum senang kepada Aryana .

“sorry lambat sikit, anak-anak nak belikan awak kek” maklum Arja sambil keluarkan kek yang dibelinya dari kereta. Aryana terkejut dan memandang Arja dan anak-anaknya silih berganti.

“kek?” soal Aryana keliru.

“ya, anak-anak cakap awak sedih sebab awak buat kek tapi…” Arja berkira-kira untuk menghabiskan ayatnya dan Aryana masih lagi menunggu sambungan Arja.

“Hitam!!!” jerit Awwal dan Muharram serentak lalu ketawa kecil. Mata Aryana membulat dan tiba-tiba dia rasa pipinya membahang. Dia percaya muka dia sangat merah sekarang ni dan dia rasa sangat malu di atas kegagalannya membuat kek semalam.

“ah, terima kasih” ucap Aryana tanpa memandang Arja dan matanya tajam memandang anak-anaknya yang seronok ketawakan dia.

“umi! Papa belikan upin ipin. Papa kata upin ipin sama macam along dan angah” Awwal bercerita sambil tersengih menyerlahkan barisan gigi kecilnya. Mata Aryana beralih kepada Arja yang tersengih bersalah. Aryana tayang wajah garang dan sedikit jelingan kepada Arja, Aryana dah pesan jangan belikan apa-apa untuk anak-anaknya tapi Arja tak pernah dengar.

“along, angah. Tengok tu umi jeling papa” adu Arja dan berpura-pura takut sambil menyorok d belakang tubuh kembar itu. Aryana tersenyum sedikit melihat telatah Arja tapi dia tetap cuba tayang wajah garang.

“umi, papa…papa…” Muharram menggelengkan kepalanya beberapa kali dan Aryana tersenyum sedikit. Sayang sungguh dengan Arja sekarang.

“kalau umi cubit papa sikit boleh? Papa tak dengar cakap umi. Kalau degil kena la hukum kan?” Aryana bertanya sambil keningnya terangkat dan dia memandang Arja yang tayang wajah takut.

“tapi…tapi…kalau minta maaf?” soal Awwal masih lagi cuba selamatkan Arja.

“ok” balas Aryana sambil berpeluk tubuh di depan tiga lelaki itu.

“papa, cepatlah minta maaf, nanti umi cubit dan gigit” pesan Awwal segera.

“papa minta maaf umi, jangan marahkan papa lagi” pinta Arja kedengaran manja dan Aryana tergelak sedikit. Senang.

“dah nak maghrib ni, masuk mandi sayang” arah Aryana kepada anak-anaknya.

“ok! Bye papa!!!” kembar itu segera berlari masuk ke dalam rumah setelah selesai bersalam dan mencium Arja.
Aryana dan Arja masing-masing mendiamkan diri dan saling berpandangan lama.

“terima kasih izinkan anak-anak keluar dengan saya” ucap Arja ikhlas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience