BAB 10

Romance Completed 2375

“Umi! Umi!” Aryana tersedar dan dia terkejut bila melihat Muharram menangis dan memeluk kaki Arja erat sambil gelengkan kepalanya.

“doctor ok la sayang, umi pukul nyamuk je” Arja merendahkan badannya dan mengusap kepala anak kecil yang masih lagi menangis itu. tangan kecil Muharram mengusap pipi Arja yang masih merah.

“angah! Datang sini!” arah Aryana setelah melihat semuanya dan buat kali pertama Muharram melawan cakap Aryana . Dia berkeras untuk berada bersama Arja.

“along, ajak angah pergi main” arah Aryana tegas dan Awwal turut sama pertahankan Arja.

“doctor sakit, umi kena minta maaf” anak kecil itu meminta kepada Aryana . Mata Aryana membesar bila kedua anaknya berpaling darinya.

“mana sakit, umi pukul perlahan je. Nyamuk tu degil sangat” pujuk Arja dan tersenyum manis kepada Awwal dan Muharram .

Aryana menahan tangisnya dan segera berpaling daripada melihat situasi itu. dia tak pasti kenapa kedua anaknya sukakan Arja sangat, dia hanya doakan yang mereka bukannya sedang merasai ikatan antara anak dan ayah. Dia takut, takut semua itu akan menyebabkan dia kehilangan semuanya. Sama macam 4 tahun dahulu.

Aryana buat keputusan untuk diamkan diri, mereka kembali ke hospital dan Arja pastikan Muharram dapat rawatan first class. Aryana cuba menolak tetapi tidak berhasil dan disebabkan dia tak nak bercakap lebih banyak dengan Arja, dia biarkan sahaja. Dia akan bayar balik setiap sen duit Arja. Dia takkan berhutang budi dengan lelaki yang dah musnahkan hidupnya.

“terima kasih sudi terima bantuan saya” ramah Arja berkata kepada Aryana yang sedang bersandar pada dinding luar ward. Dia tak betah berada dalam bilik yang sama dengan Arja.

“aku akan bayar setiap sen duit kau”

“saya ikhlas…”

“dah la, aku dah muak dengan lakonan kau. Kau nak apa sebenarnya?” soal Aryana bengang. Dia dah bengang dengan Arja yang kelihatan tidak tahu apa-apa yang pernah jadi antara mereka selama ini.

“sekarang ni saya yang tak faham dengan apa yang puan cakapkan. Apa yang saya lakonkan?” soal Arja ikut sama menaikkan suara, dia juga sudah muak bersabar dan berfikir sesuatu yang dia tak tahu.

“dengar sini, Awwal dan Muharram bukan anak kau!” jerit Aryana jelas sambil menunding jari pada Arja. Arja tergelak kecil dan kemudian dia tayang wajah serius. Dia meminta Aryana mengikutkan ke biliknya supaya perbualan mereka tak mengganggu orang lain.

“saya TAHU mereka BUKAN anak saya, saya masih waras dan pasti saya tak pernah mengandungkan sesiapa” balas Arja dan kini giliran Aryana ketawa.

“walaupun aku nampak bodoh dan kau selalu panggil aku bodoh, aku tak sebodoh tu!”

“listen here, I don’t even know your name before, how can you say that I know you!” bentak Arja dan Aryana bingung.

“ok, dengar sini, Demi Allah, ini kali pertama saya jumpa puan” terang Arja dan dahi Aryana berkerut.

“hentikan semua ni, hentikan semua lakonan bodoh kau ni, Nazim Khairul !” jerit Aryana lantang dan Arja terkejut.

“Na…Nazim Khairul ? Nazim Khairul Bin Kamal ?” soal Arja masih lagi kaget dan gugup.

“ya, siapa lagi? Dah masuk dalam otak kau tu?” soal Aryana dengan senyuman sinis.

“awak kenal Nazim Khairul ?” soal Arja lagi.

“ya! Dan aku benci dia sampai aku mati!” jawab Aryana dengan nada dan pandangan yang jelas ada benci.

“saya Arja Fattah bin Kamal . Saya kembar Nazim Khairul ”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience