BAB 17

Romance Completed 2375

Isnin
Tangan aku tak pernah berhenti memukul dia, dari hari pertama kami berkahwin. Hari pertama dia sah jadi isteri aku. Dia sangat cantik, dari kesan lebam dan luka dari tangan aku masih lagi buatkan dia Nampak sangat cantik. Dosa, aku berdosa pada dia tapi EGO aku, aku tak mampu nak layan dia macam perempuan lain.

Khamis
Bibir dia bengkak, mata dia lebam, tangan dia luka. Masih lagi tak dapat nak sorok dia punya kecantikan yang terserlah. Aku tahu dia terseksa, terluka, perit kenapa dia masih lagi berikan senyuman yang terbaik dia ada pada aku?

Ahad
Aku tahu aku sayang dia, kenapa? Sebab aku tahu erti cemburu, cemburu ertinya sayang. Aku cemburu bila ada lelaki lain yang berbual mesra dengan dia, dia isteri aku, milik aku. Tapi EGO! EGO aku buatkan aku mengasari dia lagi.

Selasa
Aku tahu setiap perkataan yang keluar dari mulut mama tentang dia adalah salah tapi, aku percayakan mama, kenapa? EGO! Aku tak nak mengaku yang aku percayakan dia. dia buatkan aku nak tinggalkan semua yang aku ada atas dunia untuk dia. Dari mana dia datang? Syurga?

Rabu
Mama, Papa, Tasha dan Zahiril hanya tahu sakitkan dia, salahkan dia, herdik dia, pukul dia, tak ada satu hal pun yang mereka buat baik untuk dia. Aku? Hanya pandang bila dia terseksa. Aku kejam pada dia.

Jumaat
EGO aku sekali lagi buatkan dia malu, suami apa yang herdik isteri di depan orang ramai. Well, jelas sekali AKU, aku la lelaki tak guna tu. Dia menangis, Aku sakit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience