BAB 15

Romance Completed 2375

“saya yang perlu ucapkan terima kasih. Doc, saya memang serius tak nak doc habiskan duit untuk anak-anak” Aryana berkata dalam keadaan tenang tetapi dia serius dengan katanya.

“saya tahu, tapi saya suka”

“ok, doc dah makan?” soal Aryana mengubah topic, dia tak suka bahaskan soal sama dengan Arja sebab dia tahu yang dia tak akan menang.

“belum, anak-anak dah makan KFC tadi”

“kenapa doc tak makan sama?”

“well, saya tak suka fast food”

“oh, anak-anak makan boleh pulak” gumam Aryana geram dan kedua tangannya di letakkan pada pinggangnya, wajah di seriuskan.

“oh, tapi…anak-anak…”

“saya gurau je la doc” Aryana tergelak kecil bila melihat Arja mula cuak dan mencari alasan yang
terbaik untuk diberikan kepada Aryana .

“you got me” gumam Arja geram dan berpura-pura merajuk menyebabkan Aryana semakin sakan ketawa.

“maaf, saya ada masak sikit, saya dah bungkuskan untuk awak. Kejap ya” Aryana berlari anak masuk ke dalam rumahnya dan keluar bersama dua bekas yang diisi lauk yang baru sahaja dia masakkan.

“nah, terima kasih bawa anak-anak jalan-jalan. Saya masak tak pedas sebab saya tahu awak tak suka makan pe…” Aryana segera menutup mulutnya dengan tapak tangannya dan berlari masuk ke dalam rumah.

Dia menutup pintu rumahnya dan bersandar lemah pada pintu. Air matanya hampir mengalir bila dia terimbas semula kenangan buruk dia dan Khairul . Aryana meraup mukanya dan dia mengesat air mata yang bertakung.

“umi!!!” Aryana segera tersenyum dan memeluk kembar miliknya itu.

“kau dah mula balik dah” Seha menegur Aryana yang kembali termenung, senyuman mekar Aryana sudah hilang hari ini sejak pagi lagi dan hal itu merunsingkan Seha.

“mula apa?” soal Aryana malas dan meneruskan kerjanya dengan perlahan.

“termenung, sedih dan ingat masa lampau” jawab Seha sedikit tegas, dia nak Aryana move on dan mulakan hidup baru dengan tinggalkan semua benda buruk yang telah jadi.

“aku tak boleh. Aku tak boleh tengok muka Dr. Arja tanpa ingatkan Khairul ”

“Ary, Khairul dah meninggal dunia, Dr. Arja bukannya Khairul . Dia sayangkan anak-anak kau”

“ya! Tapi mereka sama Seha. Sebanyak mana aku benci dan tak mampu maafkan Khairul , hati aku pernah simpan dia” Aryana merendahkan suaranya dan matanya mula bergenang, dia tahu bukanlah kasih sayang sebenar yang dia dapat daripada Khairul tapi dia gembira.

Aryana sebolehnya mengelak daripada berjumpa dengan Arja, walaupun Arja selalu keluar bersama anak-anaknya, Aryana terhadkan dirinya untuk bersua dengan Arja. Lagipun mereka bukanlah sesiapa. Anak-anaknya adalah anak angkat Arja.

Arja sedar Aryana elakkan diri daripadanya dan dia rasa tak selesa dan dia yakin dia perlu dapatkan penjelasan daripada Aryana . Arja datang ke kedai buku hari ini dan seperti yang dia agak, Aryana mengelak daripada berjumpa dengannya kerana Aryana segera berlalu bila ternampak Arja masuk ke dalam kedai.

“Aryana ” panggilan Arja diabaikan tetapi langkah panjang Arja berjaya menghalang Aryana daripada melarikan diri.

“Doc nak apa? Saya kerja” Aryana dengan dingin bersuara. Arja tergelak kecil tiba-tiba menyebabkan Aryana keliru.

“saya teringat saat kita kali pertama jumpa, macam ni la muka awak. Garang” dengan nada mengusik Arja bersuara dan Aryana mengerutkan dahi, dia bertambah geram dengan sikap Arja yang suka bergurau.

“Doc nak apa?” soal Aryana lebih dingin.

“ok. Sorry dah buatkan awak marah. Saya Cuma nak tahu apa salah saya”

“apa maksud doctor?”

“awak tak nak jumpa saya, tak nak bercakap dengan saya jadi, saya nak tahu apa salah saya”

“doc tak ada salah apa pun, saya terima doc sebagai bapa angkat mereka”

“saya tahu, tapi awak isteri Khairul , anak-anak awak anak buah saya, secara tak langsung kita adalah sebuah keluarga”

Laju kepala Aryana berpaling mendengar perkataan keluarga dari mulut Arja. Matanya tajam memandang Arja, kini dia sedar kenapa dia tak ada perasaan benci kepada Arja, sedangkan dia bencikan semua ahli keluarga Khairul . Kerana dia tak pernah kenal Arja selama ini? atau kerana dia rasakan Arja tak sama dengan keluarga Khairul ? Aryana keliru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience