BAB 20

Romance Completed 2375

Aryana tersenyum mendengar anaknya bercerita tentang Arja, memuji Arja baik dan sebagainya. Aryana tak pernah melihat Muharram memberi respon sebanyak ini selama ini tapi kini dengan hanya menyebut nama Arja mampu buatkan Muharram ketawa dan tersenyum. Awwal pastinya tak akan letih untuk bercakap soal Arja.

“umi! Umi! Papa!” Aryana tersedar dari lamunanya dan memandang ke sekitar taman untuk mencari kelibat Arja. Awwal dan Muharram mula berlari kepada Arja yang sudah bersedia untuk memeluk mereka.

“hi” sapa Arja sambil tersenyum kepada Aryana . Aryana dapat rasakan senyuman Arja hari ini berbeza.

‘tergamak keluarga aku seksa perempuan fragile macam ni’ gumam hati Arja dan dia memandang dalam ke anak mata Aryana seakan mencari luka dan derita yang Aryana simpan.

“mana doc tahu anak-anak ada kat sini?” soal Aryana bila mula rasa tidak selesa dengan pandangan Arja.

“saya cari awak kat rumah, jiran awak cakap awak datang sini” jawab Arja dan tersenyum sikit. Dia turunkan Awwal dan Muharram dari dukungannya dan setelah berbual beberapa perkara dia lepaskan dua anak kecil itu untuk bermain lagi. Arja mengambil tempat di sebelah Aryana dan mata dia turut mengarah kepada tasik yang menghijau. Fikirannya kosong.

Arja dan Aryana masing-masing mendiamkan diri dan Aryana mula rasa tidak selesa dengan keadaan yang sesenyap itu. Aryana rasa tak selesa tapi pada masa yang sama dia rasa tenang. Dia suka berada di sisi Arja. Adakah kerana Arja begitu mirip dengan Khairul ?
Aryana memandang wajah Arja dari sisi dan dia cuba untuk mencari kesempurnaan pada wajah itu sama ada Arja ada wajah yang sempurna sama dengan Khairul .

‘Khairul Nampak lebih matang’

‘Khairul ada wajah garang’

‘Khairul tak setenang ni’

‘Khairul …’

“ada sesuatu tu ke kat muka saya?” soal Arja bila dia terpandang sebelah sisi dan mendapati Aryana sedang merenung wajahnya.

“awak comel” dengan sepantas kilat Aryana menutup mulutnya. Moment telah menyebabkan dia bercakap tanpa berfikir, kini dia malu.

“saya comel? Thank you” balas Arja dengan nada berbunga dan ceria habis. Nampaknya Arja yang suka menyakat dan berbual kembali.

“mana ada!” bangkang Aryana masih lagi malu.

“ya la, saya salah dengar je tadi” Arja senyum senget dan Aryana memandang ke sebelah kanannya, tak nak pandang wajah Arja dengan wajahnya yang sedang membahang kini.

Arja menghantar mereka bertiga ke rumah dan Arja meminta Aryana luangkan masa kepadanya selama beberapa minit.

“saya tahu awak tak boleh maafkan keluarga saya, tapi saya nak awak maafkan Khairul ”

“cuba doc ada di tempat saya, saya tak rasa doc akan cakap macam ni”

“saya tahu tapi saya nak arwah tenang dan tak menderita di sana”

“menderita? Saya yang menderita kat sini, saya ingatkan doc faham apa yang lalui dan hormat apa
yang saya buat, tapi…”

“baca jurnal ni dan lepas tu saya harap awak faham kenapa saya minta awak maafkan arwah. Saya minta diri dulu” Arja serahkan jurnal itu kepada Aryana dan dia segera pulang. Aryana membuka jurnal yang tertulis Dia di muka depan serta gambarnya. Dia tak pasti dia pernah mengambil gambar itu. Aryana masuk ke dalam rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience