BAB 13

Romance Completed 2375

Setelah dua minggu Muharram dapat keluar dari hospital dan sudah sihat sepenuhnya. Aryana jelas gembira dan dia lega bila dia tak perlu bersua muka dengan Arja lagi. Arja pula sebaliknya rasa sedih dan hiba, dia akan kehilangan dua anak kecil yang sudah ceriakan harinya di hospital. Awwal dan Muharram sangat sukakan Arja.

“pa…pa…papa” mata Aryana dan Arja terbuka luas bila Muharram keluarkan perkataan kedua dia hari ini. PAPA, air mata Aryana hampir gugur bila mendengar Muharram menuturkan lagi satu perkataan hari ini.

Arja mendukung Muharram dan menerbangkan Muharram gaya helicopter kerana terlalu gembira. Gembira bila dia digelar dengan gelaran yang begitu indah pada telinganya. Giliran Awwal didukung dan dicium Arja berkali kali.

“umi, boleh panggil doctor papa?” soal Awwal dengan muka berharap, Muharram juga tayangkan wajah yang sama. Aryana telan liur dan usap belakang lehernya.

“umi…” rengek Muharram manja.

“umi…” pujuk Awwal lagi.

“please…” kali ini Arja pula merayu dengan wajah manjanya membuatkan muka Aryana membahang. Dia rasakan getaran hebat pada jantungnya dan dia rasakan Arja kelihatan comel.

‘gila!’ marah Aryana pada dirinya sendiri.

“please!!!” rayu ketiga tiga lelaki di depannya dengan wajah yang semanja dan secomel yang mungkin menyebabkan Aryana ketawa sedikit.

“kalau doctor tak kisah…”

“mestilah tak kisah! Dok…Papa suka sangat!” jawab Arja laju.

“yay!!!” jerit Awwal riang dan Muharram turut bersorak dalam keadaan mute. Mereka berdua tidak duduk diam dalam dukungan Arja.

“ok, sekarang jom kita masuk dalam rumah, doctor nak…”

“Papa!” tegas Awwal dan Muharram bila Aryana salah gelarkan ‘Papa’ mereka.

“ok, papa nak balik rumah tu, jom kita masuk” dengan malas Aryana ikutkan je apa yang dua anaknya nak. Arja pula tersenyum bahagia dengan panggilan itu.

Arja memberi ciuman kepada kembar itu dan masuk ke dalam keretanya untuk pulang. Sepanjang perjalanan balik dia tak dapat nak hentikan senyuman meleretnya. Dah macam kurang waras dah. Orang lain semua stress dengan jalan sesak tapi dia masih mampu tersenyum macam remaja jatuh cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience