BAB 5

Romance Completed 2375

Arja teruskan kerjanya di hospital dengan lancar dan dia bercadang untuk singgah di kedai buku yang sama selepas tamat waktu bekerja. Dia ingin bersua dengan perempuan itu lagi. Setelah segala urusannya selesai, dia segera beredar dari hospital. Dia memandu ke kedai buku yang berdekatan dengan rumahnya itu.

Arja masuk ke dalam kedai buku yang agak lengang itu dan terus menuju ke rak yang sama, di mana dia dan perempuan itu pernah berjumpa. Tetapi semuanya hampa bila Arja tak menjumpai pekerja itu. Arja mengeluh dan berjalan ke kaunter untuk tanyakan soal pekerja itu.

“excuse me”

“ya, apa yang boleh saya ban… kejap, encik ni yang datang semalam kan?” soal pekerja yang menjaga di kaunter yang bernama Seha itu. Arja masih lagi mengingati wajah itu dan dia anggukkan kepala.

“apa yang encik nak?” soal Seha kasar. Dia dah tak pedulikan etika kerjanya sekarang ini. walaupun dia tidak tahu masalah sebenar lelaki di depannya sekarang ini dengan kawannya Aryana , dia tak akan beri muka kepada sesiapa sahaja yang sakitkan hati kawannya.

“saya…saya nak jumpa…”

“apa yang kau nak dari dia?” soal Seha garang, perkataan encik sudah bertukar kepada kau. Arja mula rasa takut dengan Seha.

“saya…”

“aku tak tahu apa masalah kau dengan Aryana , tapi aku tahu sebab kau dia menangis. Dia benci kau jadi tolong simpan dalam memori otak kau, yang Aryana benci kau dan dia tak nak tengok muka kau! Jadi, dengan masih ada sisa baik hati dalam diri aku, aku nak kau blah!” pinta Seha kasar. Memang dah hilang sopan santun semua.

Arja cuba untuk berunding lagi tapi dia tahu bukan masanya. Kalau rasa nak hilang kepala atau pendek umur memang boleh terus berkeras tapi, Arja tidak memilih untuk bermalam di hospital jadi dia segera beredar setelah meminta maaf.

“menakutkan betul perempuan zaman sekarang” gumam Arja dan masuk ke dalam keretanya. Ugutan yang Seha berikan memang mampu menggugat Arja tapi, perasaan ingin tahunya semakin bertambah.

‘kenapa dia menangis sebab aku? Kenapa dia benci aku? Aku tak kenal dia…’ otak Arja memutarkan ayat itu beberapa kali dan akhirnya dia mengelah dengan rasa lelah. Dia block otak dia daripada terus berfikir dan teruskan memandu.

Aryana sediakan makan malam ringkas kepada buah hatinya dan dia senang. Dia senang walaupun dia kepenatan, dia bahagia bila hasil titik peluhnya mampu memeberi makan kepada anak-anaknya. dia tak perlukan suami dan tak perlukan seorang lelaki untuk dirinya. Tapi, dia takut, takut bila anaknya memerlukan seorang ayah. Dia tak mampu. Jika anak-anaknya minta dunia daripadanya, dia akan usahakan tapi jika anak-anaknya meminta bapa, ayah, papa, daddy, walid, abi atau abah, dia tak mampu. Dia tak sanggup untuk luka kali kedua.

“umi!” Aryana terdengar jeritan anaknya dari dalam bilik air dan dia segera berlari ke sana.

“ada apa along?” soal Aryana risau dan wajahnya pucat bila melihat Muharram muntah-muntah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience