BAB 3

Romance Completed 2375

“Ary!” bahu Aryana ditolak kuat oleh rakan sekerjanya. Aryana tersedar dari lamunannya dan berpaling kepada Seha yang sedang berkerut memandangnya.

“apa dia?” soal Aryana masih lagi dalam keadaan bingung.

“kau belayar lagi, stok buku baru dah sampai. Pergi susun!” arah Seha buat kali kedua kepada sahabatnya yang telah bekerja bersamanya selama 4 tahun. Seha tak tahu kisah hidup Aryana tapi dia dapat agak yang kehidupan Aryana susah. Tapi dia tak pernah cuba untuk bertanya, dia hormati privasi Aryana .

“maaf, aku pergi sekarang” laju Aryana menghilangkan diri untuk menyambung kerjanya semula.
Seha anak kepada tauke buku di tempat mereka bekerja, jadi dia mampu untuk memastikan Aryana mampu bekerja di kedai buku keluarganya selama yang mungkin. Seha risaukan keadaan Aryana yang kerap mengelamun sebulan kebelakangan ini.

Aryana mula focus pada kerjanya dan dia perlu segera siapkan kerja untuk ke tempat kerjanya yang kedua petang nanti. Dia perlukan duit lebih untuk menyara hidupnya dan dua anaknya. Aryana menyusun novel yang baru sahaja sampai. Dia hanya mampu memandang novel-novel itu dengan pandangan kosong. Kisahnya hampir sama tapi pengakhirannya berbeza sekali. Tapi, Aryana tak salahkan semua kisah dalam novel-novel itu, dia cuma harap hidup dia akan berakhir dengan baik sama seperti salah satu kisah dalam novel itu.

“excuse me, boleh tolong carikan buku ni untuk saya?” satu suara menyebabkan Aryana tersedar dari lamunannya dan memandang pemilik suara yang maskulin itu. mata Aryana hampir terkeluar apabila melihat wajah yang dia paling benci itu.

Tanpa banyak bicara, Aryana merempuh sekujur tubuh di hadapannya itu menyebabkan beberapa buah buku terjatuh dan hasilkan bunyi yang kuat. Tubuh yang dilanggarnya juga tersandar ke rak buku kerana ditolak dengan kuat.

Seha yang menyedari hal itu segera ke tempat tersebut dan terkejut dengan apa yang telah terjadi.

“maafkan saya encik, encik ok?” soal Seha kalut dan mengutip buku-buku yang terjatuh lalu diletakkan di atas rak.

“saya ok” balas lelaki itu.

“tolong maafkan kawan saya” pinta Seha lagi dan lelaki di hadapannya tersenyum sedikit dan memberitahu yang dia ok.

“apa yang saya boleh tolong?” soal Seha kembali melayan pelanggannya.

“saya perlukan buku-buku ni” lelaki itu serahkan senarai buku yang diperlukannya. Seha membaca senarai itu dan keningnya terangkat sedikit sebelum memandang wajah lelaki yang cukup tampan pada matanya.

“novel-novel cinta?” soal Seha seakan tidak percaya lelaki yang sangat maskulin di hadapannya ini penggemar novel-novel romantis.

“kakak saya yang buatkan saya buat benda ni” gumam lelaki itu perlahan bersama satu keluhan yang berat. Seha tergelak sedikit bila melihat wajah kelam lelaki tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience