BAB 19

Romance Completed 2375

Arja tak pedulikan jika dia dikatakan lemah kerana menangis. Dia sebab dan dia dapat rasakan kesakitan dalam kisah pendek ini, Khairul catitkan beberapa nota di dalam jurnal ini sebelum dia kembali kepada Allah.

“Arja!” langkah Arja terhenti bila mamanya memanggilnya. Arja berpaling sedikit sebagai tanda hormat.

“kenapa Arja tak cakap pada mama yang Arja kenal Anis! Arja tahu yang dia sorokkan cucu-cucu mama” tegas suara mamanya dan Arja tergelak sedikit, dia rasa kelakar dengan kenyataan mamanya.

“cucu-cucu? Well, tu anak-anak Anis Aryana , dan apa yang Arja faham, mama tak pernah mengaku yang Anis Aryana tu ahli keluarga kita” balas Arja sinis.

“jaga sikit mulut kamu tu Arja! Mama kamu tu!” tengking papanya pula menyebabkan Arja ketawa perlahan.

“wow, surely family ni paling terbaik yang pernah Arja kenal. Kaluarga pelakon terbaik!”

“Arja!” jerit Natasha, kakak sulungnya.

“apa ni bro, kita balik nak ada family time bukannya nak cari pasal” tambah Zahiril adiknya.

“family? Tak ada seorang pun yang cakap kat Arja, Khairul kahwin. Kenapa? Sebab Arja ada di Australia? Atau sebab semua orang nak sorokkan pada Arja yang Anis Aryana diseksa dalam rumah ni?”

Kata-kata Arja jelas mengejutkan semua orang. Tak ada siapa yang buka hal itu lagi setelah Aryana pergi dan kini, hari ini, setelah 4 tahun semuanya kembali terbongkar.

“apa dosa Aryana papa, mama? Atuk jaga dia sebab dia cucu kawan atuk.”

“ Arja cakap apa ni? Arja tak tahu apa-apa! Keturunan dia tu buruk!”

“oh, cakap pasal keturunan orang? Macam mana dengan keturunan kita? Keturunan mendera? Menyakiti keluarga sendiri? Mama rasa tu baik. Kalau macam tu baik semua orang pergi buka kamus dan periksa balik apa maksud baik!”

“ Arja kecewa sangat, kenapa harta jadi kata tengah, kalau mama tak berkenan dengan keturunan Aryana kenapa paksa Khairul kahwin dengan dia, sebab apa? Harta? Keturunan apa yang baiknya? Mata duitan?”

“kamu dah melampau Arja, nak jadi anak derhaka ke?!” keras suara Dato Kamal memarahi Arja yang masih lagi tenang.

“ Arja minta maaf kalau menegakkan benda yang betul tu derhaka, berdosa. Arja tak akan berkahwin dengan Shiha ma, Arja akan atur sendiri hidup Arja. Arja pergi dulu!”

Arja segera meninggalkan banglo yang begitu sesak padanya kini. Arja tak tahu kenapa keluarga dia sebenarnya macam ni, kenapa selama ini dia tak nampak semua ini? dulu dia bangga kerana keluarganya, kini dia malu, dan tak tahu apa yang dia perlu buat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience