BAB 11

Romance Completed 2375

Apa yang Aryana dengar dari mulut Arja masih lagi terngiang ngiang di telinganya. Arja dan Farham adalah orang yang berbeza. Aryana rasa dia boleh gila dengan keadaan sekarang ni. Aryana meneguk air sejuk beberapa kali sebelum kembali ke ward anaknya.

“apa nama doctor tadi?” soal Aryana kepada nurse yang bertugas.

“Dr. Arja Fattah” jawab nurse itu.

“dah lama ke dia kerja kat sini?”

“dah lama, lima tahun”

“lima tahun?” soal Aryana lagi.

“ya, kalau puan nak tahu lebih banyak boleh tanya Puan Aqilah, dia orang kanan Dr. Arja. Yang penting, Dr. Arja single lagi” setelah menjawab soalan Aryana dengan mengusik nurse itu tinggalkan Aryana yang tercengang.

‘jadi, dia memang bukan Khairul , dia kembar Khairul ’ Aryana dapat rasakan kalau dia teruskan berfikir dia akan gila dengan hakikat ini.

‘aku dah tuduh dia’

‘aku dah tampar dia’

‘aku dah layan dia dengan buruk’

‘aku dah…’

‘jadi, dia isteri Khairul ’ otak Arja juga tak dapat bekerja dengan baik hari ini. kenyataan yang baru sahaja dia tahu sangat berat untuk daftar dalam kepalanya.

‘apa yang Khairul buat sampai dia benci sangat?’

‘kenapa mama tak pernah cakap yang Khairul dah kahwin?’

‘kenapa semua orang tak pernah cakap apa-apa?’

‘kenapa Khairul sanggup abaikan isteri yang cantik…’

“dah kenapa aku cakap dia cantik pulak?” Arja tepuk dahinya dan dia segera menghapuskan segala perbualan yang muncul di benaknya. Dia memang dah gila agaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience