BAB 5

Family Completed 27065

“Ti bukan apa bang. Ti terharu sangat ada insan yang normal sanggup kahwin dengan anak kita yang cacat tu. Memanglah kita baru jumpa dia sehari, baru aje kejap tadi. tapi… naluri keibuaan Ti ni mengatakan yang budak Fatih tu jujur dan baik orangnya. Abang tak teringin ke tengok Ainul bahagia bang?. Ada orang sayang anak kita tu, jaga makan pakainya..”

Muhammad melepaskan nafas beratnya. “Abang bukan tak suka Ti. Abang restu, malah gembira tak terkata. tapi yang buat abang serba-salah tu, tak akan kita nak kahwinkan Ainul tanpa persetujuan dia. Dibuatnya budak tu merajuk, lari dari rumah, macam mana?. Awak sanggup hadapinya?”

Khadijah menimbang pendapat suaminya. Cincin tadi sudah dimasukkan kembali ke kotak. Direnungnya kotak merah itu dengan pandangan sayu. Ish, betul juga kata suaminya!. Kalau setakat mereka sahaja yang setuju tetapi Ainul bangkang, majlis kahwin ni akan terhalang juga. Mmmmmm…

“Ha kenapa awak diam, dah fikir buruknya?” Tempelak Muhammad dalam senyuman. Kasihan pula melihat wajah isteri yang hilang seri, muram.

“Betullah apa yang abang cakap tu. Perkara besar begini tak boleh dipaksa, saya pun tak faham kenapa Ainul tolak budak Fatih tu bang. Ti tengok elok aje perangainya”

“Baik pada pandangan kita, belum tentu baik pada pandangan Ainul. Awak pun masak benar perangai anak awak tu kan, dia tak akan tolak kalau tak ada sebab. Cubalah awak tanya, bincang elok-elok. Manalah tahu kita akan dapat jawapan. Entah-entah Ainul dah ada pilihannya sendiri”

Khadijah angguk. “Baiklah bang, saya pun ada terfikir cadangan abang tu. Mmmm, saya masih sedihlah bang. Saya dah berkenan dengan budak Fatih tu bang.. mmm..”

Dalam tenang Muhammad mengusap telapak tangan isteri yang sudah banyak berkorban selama ini. Tangan itulah yang berpenat-lelah membesarkan anak-anaknya terutama Ainul yang lain dari yang lain. Hanya Ainul satu-satunya anaknya yang cacat pendengaran dan percakapan, sedangkan anak-anaknya yang lain normal. Kasihnya lebih sedikit dengan Ainul, memandangkan anaknya itu tidak sempurna . Mujurlah anak-anak yang lain tidak ambil hati, memahami derita Ainul.

“Saya pun suka cara Fatih tu, dia tunjukkan yang dia betul-betul nak kahwin dengan kita. Awak janganlah mengharap sangat, kita serahkan kepada ALLAH. Jodoh tu kan rahsia ALLAH..”

Khadijah tersenyum simpul, dalam resah tetap mengulum senyum. Sejak dia kahwin, sehinggalah sekarang jarang sungguh dia menentang habis-habisan bicara suaminya. Dia patuh dan mengiyakan kata suami selagi tidak bercanggah dari sisi agama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience