BAB 15

Family Completed 27065

~Dia….~ Izad memandangku, kemudian Sumaiyyah.

Melihat sahaja wajah Izad yang muram dan tidak gembira, aku terus membuat kesimpulan ayat selanjut yang ingin Izad sampaikan tentulah begini, Fatih telah pergi buat selama-lamanya. Aku tidak mahu mendengar lagi. Biarlah aku pergi tanpa memandang wajah Fatih buat kali terakhir, kerana aku tiada kekuatan untuk menatap wajah insan yang aku cintai.

Ya ALLAH, tabahkan hatiku. Aku..lemah, hati kecilku menangis pilu.

Kedua-dua kakiku agak goyah, mahu sahaja tumbang. Aku tidak mahu berada disini lagi, terus berpusing ke belakang dengan gerakan yang cukup pantas, sepantas lipas kudung. Aku mengarah langkah kakiku ke pintu keluar hospital. Nafasku sesak, mahu sahaja aku pitamkan diri. Berharap segala yang terjadi hanya mimpi.

~Kenapa awak tak cakap~ Sumaiyyah gelisah setelah Ainul terlebih dahulu meninggalkan mereka.

~Saya takut~ Kali ini, tangan Izad pula yang bergerak.

Aku tidak berdaya meneruskan langkah lagi, kuhalakan punggungku ke bangku yang tersedia terletak berhampiran kawasan ruang legar perkarangan hospital ini. Aku berusaha menghirup udara segar. Ya ALLAH, hamba-MU ini tidak terdaya memikul ujian-MU ini, berikanku kekuatan. Desir hati kecilku diselangi sedu-sedan tangis.

Sudikah awak menjadi bidadari dunia saya?

Aku bingung usai menghabiskan bacaan terakhirku pada cebisan yang dihulurkan seseorang kepadaku. Tulisan ini?.

Kepalaku yang tersengguk-sengguk ke bawah gara-gara menangis tadi, terus sahaja meliuk ke atas. Aku bagai dipukau. Allahhuakbar (ALLAH Maha Besar). Anak mataku bulat dan membesar, terlalu terkejut.

~Awak cepat sangat lari. Kami belum terangkan perkara yang sebenar.~

Aku yang masih dalam keadaan gamam, terus berdiri tegak. Memerhati dengan teliti gerangan insan yang menghulur cebisan kertas tadi. Benarkah dia yang sedang berdiri dihadapanku, atau aku sudah gila sampai boleh berhalusi dengan bayangan yang aku cipta sendiri?.

~Maaf. Saya terpaksa tipu~ Insan itu memberi isyarat tangan pula. Anak matanya berkaca.

Berubah airmukaku. Tidak, aku tidak berkhayal. Fatih memang berada dihadapanku. Airmataku serta-merta mengering. Huh, hatiku menggigit geram.

~Kenapa awak menipu~ Isyarat tanganku agak kasar. Wajahku masam. Geram bercampur terkejut. Perkara begini bukan gurauan, aku geram dengannya. Terlalu geram meskipun hatiku menangis suka.

~Saya tak nak awak kena tipu~

~Tipu. Awak yang tipu saya~ marahku dalam bahasa isyarat.

~Dia nak kahwin dengan awak, kerana ada orang yang suruh~ Fatih tidak sengaja menipu, ada sebab dia buat begini. Semuanya untuk betulkan keadaan dan untuk selamatkan Ainul dari permainan Syadira.

Mataku terkebil-kebil. Apa semua ni?.

~Kawan perempuan saya upah dia supaya kahwin dengan awak~

Upah?, tidak semena-mena hatiku mengulang perkataan ‘upah’.

~Maafkan saya Ainul~

Reaksiku?. Entahlah, dalam kesyukuran terselit seribu rasa. Mmmmm, takdir yang mainkan aku atau aku yang bermain dengan takdir?. Aju suara hatiku. Ekor mataku menjamah wajahnya yang sedari tadi merenungku dengan pandangan kuyu.

Apapun, aku bagaikan mahu terbang kerana terlalu gembira. Berakhir sudah tangisan sedihku tadi. ALLAH masih mahu aku bahagia dengan pinjaman cinta dari-NYA. Fatih masih hidup, sungguh aku rasakan perkara ini suatu kejaiban yang tidak aku jangkakan sama sekali. Aku fikir tadi, Fatih telah meninggalkanku sendirian di dunia ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience