BAB 14

Family Completed 27096

“Maafkan akak, zai” Khadijah masih rasa bersalah kerana meminta anak Zainab, adik kandungnya sendiri untuk menggantikan tempat Ainul.
Suasana rumahnya agak riuh. Di luar, sudah ramai tetamu menjamu selera.

Alhamdulillah (Segala Puji Bagi ALLAH), majlis berlangsung dengan lancar. Cuma, bakal pengantin perempuannya telah bertukar wajah. Mujur anak Zainab, sudi bertunang dengan lelaki yang bakal menjadi tunang Ainul. ALLAH, leganya hamba, terima kasih ALLAH. Allahuakbar (ALLAH Maha Besar)!.

“Nab anggap ini rezeki anak kami kaklang. Masyitah tu pun dah lama membujang. Dia sama sahaja seperti Ainul, pekak dan bisu. Nab gembira dia bertemu jodohnya walaupun jodoh express. Kebahagiaannya, kebahagiaan Nab juga kaklang” ada tawa dihujung bicaranya.

“Alhamdulillah (Segala Puji Bagi ALLAH), DIA atur sendiri jalan hidup kita. Kadang-kadang yang tak disangka-sangka itulah yang akan terjadi. Kahwin expresslah anak saudara kaklang tu” Khadijah turut tertawa. Hati seorang ibu sudah tentu mengharapkan kebahagiaan anak gadis mereka. Begitu juga dia, dia sentiasa mendoakan Ainul bahagia bersama lelaki pilihannya sendiri. Ingatannya melayang, teringat seseorang. Risau pula memikirkan keadaan Fatih, ya ALLAH selamatkan bakal menantuku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience