BAB 12

Family Completed 27065

Majlis pertunangan,
Sakinah Malaeka & Syafiq Ahamad

~Anak mak cantik~

Aku tersipu-sipu malu. Wajahku berseri ditambah pula dengan garis senyumanku. Namun, ALLAH sahaja yang tahu hatiku sedang menangis tidak berlagu. Aku renung mata mak. Alhamdulillah (Segala Puji Bagi ALLAH), aku suka pandang kegembiraan dimata mak. Itulah penguatku untuk meneruskan keputusanku. Mmmmmm….

Sumaiyyah yang datang mengejut, melulu ke bilik Ainul. Tanpa minta izin terlebih dahulu, dia terus sahaja melulu masuk ke bilik orang. Dia mahu sampaikan berita buruk itu kepada Ainul pada kadar secepat yang mungkin.

Bunyi kuakan pintu tadi, telah mengganggu ketenteraman Khadijah dan Ainul yang baru sahaja berpelukan.

Aku berdiri serta-merta. Dadaku bergetaran hebat mendengar perkhabaran itu. Sungguh, aku bagai berada di puncak gunung yang membuatkan jantungku berdegup kencang dan kesejukan.

~Dia di hospital~ itulah maksud isyarat tangan daripada Sumaiyyah.

~Siapa?~ Dup Dap Dup Dap.

~Orang yang cintakan awak~

ALLAH, aku terlalu panik. Aku renung mak. Mak mengerti yang aku tidak sanggup kehilangan lelaki itu. Mak, maafkan Ainul. Ainul… dah cuba…tapi…Ainul tak boleh teruskan majlis pertunangan ni kalau Fatih jatuh sakit, Ainul tak boleh tinggalkan dia dalam keadannya yang sakit. Suara hatiku berbicara. Macamlah mak aku faham apa yang ada dalam hatiku.

Aku menangis.

Khadijah turut bersedih. Ingatannya masih segar, mengingati kembali pemuda yang beria-ria mahukan Ainul menjadi isteri lelaki itu. Apakah ini takdir yang bakal membatalkan majlis ini?, hati Khadijah berbisik bingung. Kalau ya, dia merelakan. Jodoh sudah ditetapkan ALLAH, meskipun satu dunia menentang.

~Saya minta maaf mak. Saya nak pergi ke hospital sekarang~ Airmata Ainul tumpah dengan deras.

Dalam kegembiraan bercampur risau, Khadijah menyatakan persetujuan. Dia bukan tidak suka Ainul menemui Fatih tetapi dia risau dengan pihak lelaki yang ingin mengikat tunang, apakah mereka akan ambil tindakan dan menyaman mereka kerana membatalkan majlis tunang ini?.

Khadijah mundar-mandir, gelisah. Tetamu yang datang semakin ramai. Ah, sudah!. Apa aku nak buat ni?. Anak dan kawan anaknya telah lama meninggalkan perkarangan rumah. Suaminya pula baru sahaja masuk ke bilik Ainul.

“Ainul dengan kawan dia nak ke mana?. Majlis kan dah nak mula ni..” Muhammad musykil. Tadi dia nampak kelibat Ainul dan kawannya berlari dengan deras, menuju ke pintu masuk utama. Sebagai ayah, tentu sahaja hatinya terasa semacam. Pasti ada yang tak kena.

“Abang, anak kita pergi cari jodoh sebenar dia. Fatih ada kat hospital..” Khadijah menerangkan duduk perkara sebenar bersama linangan airmatanya.

“ALLAH….” Muhammad terduduk di atas katil, menanggal sarung songkoknya. Dia bukan marah tetapi malu. Mana nak letak muka, semua orang sudah tahu anak gadisnya bakal bertunang.

Khadijah tahu apa yang bermain difikiran sang suami. “Abang jangan risau, kita ada masa lagi ni. Mesti ada jalannya, sabar ye bang”

Muhammad sebak. “Apa abang nak cakap dengan pihak lelaki Ti. Malu kita Ti, malu..” luahnya kesal. Sepatutnya dia tidak adakan majlis ini, nasi sudah jadi bubur. Muhammad redha dengan ujian ALLAH.

Khadijah berfikir sejenak. Hatinya tidak putus-putus berdoa kepada ALLAH, moga ada jalan keluar yang lebih baik. Moga ada penyelesaian diatas kerumitan.

Khadijah teringat seseorang. Dalam keadaan kelam-kabut, dia keluar dari bilik, mencari insan yang bernama Zainab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience