BAB 16

Family Completed 27065

DUA BELAS KEMUDIAN…

“Bodohlah mamat pekak tu. Aku suruh dia kahwin dengan si pekak tu, bukan dengan sepupu si pekak tu. Arghhhhhhhhhhh!!” Syadira menyelerakkan segala barang yang ada. Habis bersepah biliknya. Bantal-bantal dicampak ke merata-rata arah. Beberapa gugusan kekabus bantal berterabur.
Cermin yang sebesar badan manusia pula sudah pecah dikerjakannya. Setelah penat mengamuk, dia terbungkam, menangis sambil menumbuk-numbuk permukaan katilnya. Syadira terlalu kecewa kerana jeratnya tidak mengena.

“Terima kasih Ira. Rancangan busuk kau tu telah menyatukan aku dan Ainul. Takdir tetap satukan kami walaupun kau cuba pisahkan kami. Kami bakal berkahwin, nanti datanglah majlis kami ye” Fatih senyum sinis, melempar kad jemputan kahwinnya ke muka Syadira.

Itulah ayat dari Fatih yangg telah membakar jiwa Syadira. Syadira terkesima. Rupa-rupanya Fatih lebih licik daripadanya. Raungannya kian menjadi-jadi. Bagai tergiang-giang suara Fatih mengejeknya. Dia ibarat kata pepatah, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Dia gagal miliki Fatih sekaligus gagal pisahkan Fatih daripada Ainul.

“Arghhhhhhh!” Dia menjerit lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience