BAB 3

Family Completed 27065

~Boleh saya duduk~

Aku tersentak. Mataku meneliti pergerakan tangan insan yang sedang berbahasa isyarat kepadaku. Dia tiba-tiba sahaja sudah terpacul dihadapanku, mengganggu khalwatku dengan Pencipta Al-Quran ini. Perasaan kurang enak bermukim dihatiku. Aduh, dia berani bertandang ke rumahku!. Entah-entah keluargaku sudah tahu siapa dia. Tentu sahaja dia telah pun berkenalan dengan waliku. Mmmmmm…..

Sisa-sisa tangis tadi sudah aku padam. Mataku menunduk, tanda protes. Mahu sahaja aku berlari masuk ke dalam rumah namun terasa biadap pula. Dia tidak pernah menyakiti hatiku, malah sentiasa membuatku tersenyum. Ah, rungsingnya kalau hati tidak sepakat dengan buah akal!.

Si dia telah pun duduk dengan gerakan tubuh badan yang sopan. Dia menopang dagu, sambil merenungku dengan senyuman. Bertambah-tambah rasa bersalahku. Apa aku nak buat ni, dia sendiri yang cari aku, bukan aku yang cari dia. Oh hati mengapa begitu mudah kau mencair?. Mmmmmmm….

~Awak sihat~

Aku sekadar menggangguk.

~Kenapa awak tolak~

Soalannya agak tersirat. Aku diam, menelan airliur debaran.

~Saya tetap nak kahwin dengan awak~

Aku terkedu, mataku bulat membesar. Merenungnya dengan rasa cemas.

~Tak.Saya tak setuju~

~Kenapa~

Kami berdebat, kedua-dua tangan laju sahaja bergerak membuka senaman kata.

~Saya tak suka awak~ Aku terpaksa mencari helah, menolaknya mentah-mentah.

~Awak tipu~

Airmataku hampir tumpah, namun aku gagahi juga berdebat dengannya.

~Saya tak tipu.Saya tak suka awak~

Fatih mendengus lemah, bukan geram tetapi letih. Dia letih untuk menyakinkan Sakinah Malaeka yang dia sangat mencintai gadis itu. Hatinya menggigit geram. Dia yakin bekas kekasihnya, Syadira ada kaitan dengan sikap dingin Sakinah Malaeka terhadapnya.

Huh, kau tak berhati perut Syadira!. Aku tak akan toleh ke belakang lagi. Kau yang tak nak kahwin dengan aku dulu kan, sekarang kau datang semula tanpa aku undang. Kau pentingkan diri-sendiri Syadira, aku menyesal pernah cintakan kau suatu ketika dulu. Aku menyesal!, hatinya melaung geram. Fatih merenung ke hadapan. Masih mengharap Sakinah Malaeka bertukar fikiran.

~Pulanglah, jangan ganggu saya lagi~ balasku dingin.

Nun disudut hati ini, ia sudah pun banjir dengan cecair luka. Aku tetap berlagak tenang, setenang pemandangan petang yang ditemani angin mendung pada hari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience