BAB 17

Family Completed 27065

Dari cinta, untuk cinta, kembali kepada sang pencipta cinta.

09hb. 10.

11.00 pm.

“Di dalam al-Quran,Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

“Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia.”

Selama ini aku berpegang pada firman ALLAH diatas, aku sentiasa perbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik dipandangan-NYA. Akhirnya, dia mengutus cinta kepadaku. Cinta suci yang akan membawaku bahagia di Jannah-NYA(Syurga).

Aku fikir, jodohku dengan Muhammad Syafiq Noor, insan yang kekurangan sepertiku. Dia pekak dan bisu, sama sepertiku. Takdir ALLAH tiada sesiapapun dapat ubah, jodohku ada pada lelaki normal. Muhammad Fatih, dialah suamiku.

Syadira?. Aku sudah tahu siapa Syadira dalam hidup suamiku dahulu. Rupanya mereka pernah menjadi sepasang kekasih. Aku sentiasa maafkan Syadira biarpun perbuatannya yang memperalatkan Muhammad Syafiq Noor itu sungguh keji. Aku faham perasaan Syadira. Dia hanya insan biasa yang tidak mampu mengawal perasaan cemburunya, sudah tentu dia tidak suka insan yang dicintainya berkahwin dengan orang lain.

Kata suamiku, dia terpaksa menipu dirinya kemalangan jalanraya pada hari yang sama aku bakal ditunangkan. Syadira pernah berjumpanya dan memberitahu yang aku bakal bertunang dengan lelaki upahan Syadira. Dia mahu pisahkan aku dengan suamiku. Barulah aku faham mengapa suamiku tergamak menipu soal hidup dan mati. Suamiku terpaksa lakukannya agar aku tidak bertunang dengan lelaki itu.

Alhamdulillah, pengaturan dan pengakiran cintaku oleh kekasih dunia akhirat ku, Allah SWT sangat indah. Allah SWT memilihku mengahwini insan normal yang menerima ku seadanya dan mencintaiku kerana Allah. Sungguh aku bersyukur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience