BAB 8

Family Completed 27065

“Kaklang, jagalah anak adik ni macam kaklang jaga anak kandung kaklang. Adik memang dah tak lama dah. Kaklang pun tahu kan, barah payudara ni boleh bawa maut.

“Janganlah cakap begitu. Kan kita boleh rawat lagi. Jangan putus asa adik” airmatanya bergenang. Sebak rasanya apabila adiknya bercerita soal hidup dan mati.

“Relakanlah kaklang. Kaklang pun nampak dengan mata kasar kaklang, adik ni dah tak mampu bertahan lebih lama lagi. Entah esok atau lusa, adik mungkin tak dapat tengok Fatih dah. Adik dah bersedia nak pergi kaklang. Adik lega sangat tengok Fatih rapat dengan kaklang..” wajah Khalishah pucat-lesi. Baru sahaja tadi dia muntah darah, debaran dadanya kian berkocakan. Dia merasai hayatnya tinggal nyawa-nyawa ikan, bila-bila masa sahaja akan menghadap Yang Maha Esa.

Kaklang ambillah cincin kahwin ni, beri kepada Fatih setelah dia berjaya bawa pulang calon menantu kita. Adik harap cincin ni jatuh ke tangan gadis yang selayaknya. Sebaik sahaja gadis tu sarungkan cincin ni, kaklang serahkanlah semua barang kemas keturunan kita yang adik jaga selama ni kepada bakal menantu kita tu, selepas ini dialah yang akan menjaga barang emas pusaka kita” Khalisyah bersuara lemah, lega hatinya sudah dapat menyampaikan amanat terakhirnya.

“Abang acik tak pernah anggap kita orang luar umi…”

Aisyah tersedar dari lamunan. Merenung Syahidah yang sedari tadi menunggu bicara lanjutnya.

“Umi dah serahkan cincin arwah makndah Ida tu kepada abangcik. Biarlah dia yang simpan dan serahkan kepada bakal isterinya”

“Cincin arwah makndah?” Syahidah kerut kening. Inilah kali pertama dia dengar tentang cincin arwah ibu kandung abangciknya.

Aisyah angguk lemah. Masih bersedih mengenangkan adiknya yang telah lama menghadap Ilahi. Amanah terakhir daripada adiknya telah pun dilaksanakan. Aisyah melepaskan keluhan berat.

“Kenapa dengan cincin tu umi?”

“Arwah makndah Ida tu nak calon isteri abangcik yang simpan dan jaga cincin keturunan kami, sebelum ni arwah yang simpan”

“Abangcik dah jumpa calon ke umi?” Syahidah bingung sekejap. Kalau uminya serahkan cincin, itu bermakna abangciknya sudah bertemu calon. Hah, janganlah si pelakon…hah. Tidak. Abangcik, tolonglah jangan pilih kak Ira tu, bebel hatinya yang keresahan.

“Dah”

“Jadi, kak Ira ke yang…” Syahidah cuak.

Pantas sahaja Aisyah memintas.

“Taklah sayang. Takut benar dia. Abangcik awak tu dah berkenan dengan orang lain. Katanya, nanti nak kenalkan kita dengan calon pilihannya tu”

Cepat-cepat Syahidah menadah tangan sambil mengungkap ‘Alhamdulillah’ (Segala Puji Bagi ALLAH), lalu meraup wajahnya dengan telapak tangannya yang ditadah tadi.

Aisyah senyum sahaja dengan gelagat anak gadisnya yang seorang ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience