BAB 4

Family Completed 27065

Airmata Fatih bergenang. Dia telah pun bergerak ke belakang, meninggalkan gadis yang duduk membelakanginya tadi. Dia sempat menoleh, beban rindu ini masih sarat.

Saya akan tetap tunggu awak, masa akan buktikan yang saya cintakan awak. Suatu hari nanti awak akan tahu Ainul, awak akan tahu, bisik hati kecilnya yang parah lukanya.

Fatih mempercepatkan langkah. Biarpun sebak, dia tetap bertemu dengan kedua-dua orang tua gadis yang dicintainya.

“Apa katanya?” Ibu Ainul, Khadijah mengerut kening.

Fatih senyum, wajahnya tenang mengungkap bait kata yang terlalu ingin disebut selama ini. Hari ini dia laksanakan kenginannya, dia tidak segan-silu lagi untuk meluah rasa cintanya dihadapan insan-insan yang Ainul sayang.

“Ainul tak nak kahwin dengan saya tapi saya tak akan mengalah makcik. Saya cintakan Ainul kerana ALLAH, bukan kerana luaran. Saya sudah lama pasang niat untuk memperisterikannya. Simpanlah cincin yang saya bagi tu. Cincin tu cincin arwah ibu saya, dia mahu saya pakaikan cincin tu kepada bakal menantunya kelak. Saya berharap hanya Ainul yang akan memakainya…”

Khadijah resah. Sejak tadi memikir cara untuk menyakinkan anak istimewanya, Ainul tentang ketulusan hati insan yang bernama Fatih. Cincin emas yang masih cantik tersimpan dalam karung pusaka, ditatap berulang-kali. Bagaikan mutiara yang tersimpan molek pada cengkerangnya, begitulah diibaratkan cincin keturunan milik pemuda yang mengaku mencintai anak gadisnya yang cacat pendengaran dan bisu itu.

Muhammad menghirup sisa kopinya

Yang masih berbaki tadi. Anak matanya menjeling si isteri, sesekali merenung cincin yang masih berada dalam genggaman tangan isterinya. Kejap isterinya buka katup kotak cincin tersebut, kejap dikeluarkannya cincin tadi dari sarung. Dibelek-belek kemudian dipakai. Muhammad geleng kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience