BAB 1

Family Completed 27065

SUBHANALLAH! Indahnya bumi ciptaan Tuhan ini. Aku mendongak ke langit. Terasa diri begitu kerdil. Hati tertanya-tanya, bagaimana rasanya kalau manusia miliki nikmat pendengaran?. Aku bukan tidak mensyukuri nikmat ALLAH.

Nama pun fitrah manusia, manusia sering sahaja mendambakan nikmat yang tidak mereka miliki di dunia ini.Suara hatiku meronta-ronta, mahu keluar dari mulutku, menyatakan keinginanku yang berangan-angan mahu merasai bicara lidah namun aku akui angan-anganku umpama menanti bulan jatuh ke riba. Malah, bagai menanti kucing bertanduk.

Suara hatiku berbisik lagi,mahu sahaja ia bertempik menyatakan keinginan pancaindera telingaku yang terlalu ingin mendengar hiruk-pikuk suara alam. Ah, hari ini aku bermain dengan emosi hatiku sendiri!. Mmmmm..

‘’Kau kena sedar diri, kalaupun kau pekak dan bisu tapi kau ada mata untuk cermin diri tu, tak layak untuk dia, kau bisu. Pekak. Perempuan bodoh.’’

Cebisan kata itu sangat ringkas tetapi cukup pedas, bagaikan belacan yang disumbat dengan cili api ke mulutku. Sungguh, ayat itu mengganggu hatiku. Mungkin disebabkan ayat itulah, penyebab aku bermenung muram.

~Sabar, jangan menangis. Dia cintakan awak~

Fikiranku menerawang mengingati perbualanku dengan Izad, teman baikku yang juga senasib denganku. Kami berbual menggunakan isyarat tangan. Memang aku sudah hafal dan hadam maksud ayat yang ditulis itu. Aku serahkan cebisan kertas itu kepada Izad. Aku nampak mata izad berair setelah menyudahkan penghabisan ayat yang terakhir.

Barangkali dia sebak kerana golongan seperti kami dihina sedemikian rupa. Aku dapat membaca isihati Izad melalui pandangan matanya yang berkaca. Seolah-olah Izad ingin meluah rasa kesalnya. Tentu sahaja dia sedih, golongan seperti kami dilayan bagai insan yang tidak punya hati dan perasaan.

Aku sekadar senyum kelat. Kening Izad jatuh. Dia pandang isterinya yang juga kawan baik kami. Sumaiyyah senyum tawar, wajahnya muram. Ruang meja makan restoran Thai kelihatan lengang, bilangan pengunjung boleh dikira dengan jari. Kami masih bersantai di sini, menghirup angin petang sambil melayani hati yang berkeceramuk.

Aku tahan airmataku dari tumpah lagi. Aku beri jawapan yang cukup ringkas kepada mereka. Aku lihat wajah Izad dan Sumaiyah berkerut seribu. Pastinya terkejut dan terkilan.

~Saya tak nak kahwin dengan dia~

Itulah jawapan yang aku beri kepada mereka. Masing-masing terdiam. Sumaiyyah geleng kepala, Izad pula masih memujukku agar melupakan tohmahan orang. Aku tahu mereka mahu aku bahagia. Bahagiakah aku kalau cinta kurniaan ALLAH ini dikotori dengan perebutan cinta antara gadis normal dengan gadis cacat sepertiku?. Cinta dari ALLAH sepatutnya akan mendekatkan diri seorang hamba kepada pencipta cinta, bukannya menjauhi pencipta cinta.

Aku tetap berpendirian teguh, pertahankan keputusanku. Aku bukan jual mahal, tetapi aku tidak sanggup melukakan hati orang lain dengan memilih kebahagiaanku. Aku tahu Fatih ikhlas mencintaiku dan menerimaku seadanya. Namun, aku tidak sampai hati mengecilkan hati gadis yang menemuiku beberapa hari yang lalu. Gadis itu sangat mencintai Fatih, aku tidak tergamak pula membiarkan gadis itu menangis terluka.

Enggang sama enggang, pipit sama pipit, suara hatiku menyampuk. Sengaja memotong khayalku. Bagai memberitahu yang manusia sepertiku tidak layak bergandingan dengan insan yang normal. Selayaknya aku bersama insan yang serba kekurangan sepertiku. Ya, barulah dikatakan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience