BAB 7

Family Completed 27065

“Ish awak ni da, tak baik gelakkan orang…” Ummu Salamah geleng-kepala dengan kenakalan anak gadisnya.

Syahidah tersenyum sinis. Setelah tawanya berhenti, barulah dia bersuara. “Orang bukan apa umi. Orang rasa meluat sangat. Kak Ira tu baru aje dapat anugerah pembantu pelakon terbaik tetapi sombongnya dah mengalahkan pelakon popular. Hai, makan petai berulamkan sambal belacanlah si abangcik tu kalau beristerikan orang yang berhidung tinggi, setinggi klcc ni umi..”

“Peribahasa baru ke tu?” Sempat lagi Ummu Salamah berseloroh.Dia turut tersenyum memerhati gelagat Syahidah.

“Peribahasa tu khas untuk pelakon Syadira yang baget popularlah sangat tu umi..”

“Tak baik gelakkan orang. Entah-entah orang yang kita perlekehkan tu, baik dipandangan ALLAH. Tengok-tengok iman dan takwa dia lagi tip top..”

Syahidah senyum ada makna. “Umi nak kenal tak dengan orang yang iman dan takwanya tip top?. Kakak tu baik sangat umi, dialah yang selalu hiburkan hati pakcik dan makcik kat rumah orang-orang tua titian murni tempat Ida kerja tu. Dia dan kawannya selalu datang ke tempat kami umi. Ha, apa kata umi pilih dia aje untuk calon menantu perempuan umi. Hehe..”

“Amboi, Ida pun ada hati nak carikan calon isteri untuk abangcik ye?” Ummu Salamah gelak kecil.

Muncung Syahidah sudah sedepa. “Ala umi datanglah tempat orang keje tu, kenal-kenal dengan kakak dan kawan dia tu. Please umi, Ida tak berkenan dengan kak Ira. Lebih baik abangcik kahwin dengan perempuan yang berbudi-bahasa macam kakak tu ..”

“Amboi sibuk betul nak suruh abangnya kahwin. Ni ha, yang awak ni bila lagi. Asyik sibuk aje dengan kerja jururawat dia tu, bila lagi na rawat suami kat rumah?”

“Aduhai umi?, perlian umi ni boleh menusuk ke jantung dan mematahkan hidung Ida ni. Huhu…” merah padam wajah Syahidah tatkala diri pula ditanya soal jodoh. Padan muka. Hee.

“Nak ke abangcik terima calon yang umi carikan. Mmmmmm, kita ni bukan keluarga dia Ida, kita menumpang kasih aje dengannya…” bicaranya terselit kesedihan. Terkenang pula adik kandungnya Yang telah meninggal dunia.

Sejak ibu Fatih meninggal dunia, Amin iaitu bekas adik iparnya menyerahkan tugasan ibu kepada Fatih kepadanya. Dialah yang menjaga Fatih bagai menatang minyak yang penuh. Kebetulan, dia memang teringin memiliki anak lelaki. Kesemua anak-anaknya adalah perempuan. Hanya Fatih satu-satunya anak lelakinya, meskipun cuma anak saudara.

Dua tahun kemudian, ayah Fatih melamarnya sementelah dirinya pun menjanda. Semenjak itu, mereka semua hidup dalam satu bumbung. Rumah ini menyimpan seribu kenangan. Terutama kenangan bersama adik kandungnya yang telah meninggal dunia berbelas tahun yang lalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience