BAB 11

Family Completed 27065

~saya sayang awak~

Diam.

~Empat bulan saya tunggu awak. Awak nak saya tunggu berapa lama lagi?. 4 tahun?~ Tangan Fatih lincah bergerak, membentuk bahasa isyarat. Semenjak dia jatuh cinta dengan Ainul, dia berusaha belajar bahasa isyarat. Sungguh, dia bukan main-main dengan cintanya. Dia mencintai Ainul kerana ALLAH. Dia berusaha mahu menghalalkan cintanya, bukan bersandiwara.

Ainul diam. Gelabahnya sudah menguasai hati. Tiap kali bertemu muka dengan lelaki itu, tiap kali itulah dia tidak tentu arah.

~Baik. Saya tunggu awak sampai nafas yang terakhir~ Fatih melontar lagi bicara isyarat. Anak matanya berair.

Aku termenung, mengingat kembali dialog lelaki yang bertandang ke rumahku tadi. Sedih hatiku menanggung beban rindu. Aku… rindukan Fatih. Sampai bila aku mampu bertahan?. Apakah aku harus terima lamaran orang lain agar hati ini dapat menyingkir kedudukan Fatih?. Mungkin itu penyelesaiannya. Mmmmmm, aku perlu berbuat demikian supaya Fatih dan aku tidak menanti cinta kami!.

Baiklah, aku setuju dengan lamaran sebuah keluarga yang bertandang ke rumahku tempoh hari. Kata mak dan ayah, mereka menyerahkan keputusan kepadaku. Okay, hari ini aku akan putuskan jawapan!. Terkocoh-kocoh sungguh aku keluar dari pintu bilikku setelah menyeka sisa airmataku yang terakhir tadi. Kali ni aku nekad. Betul-betul yakin. Aku akan lupakan Fatih.

~Kamu tak nak terima Fatih~ Mak Ainul, Khadijah terkesima. Tangannya laju bertanya dalam bahasa isyarat. Tidak menyangka anaknya berhati keras.

Aku angguk. Sedaya-upaya mengukir senyuman.

Khadijah hampa namun dia tetap tersenyum, menayang tenungan kasih seorang ibu terhadap anaknya. Dalam diam, doanya dipanjat pada-NYA. Mensyukuri segala pemberian Ilahi. Jodoh itu suatu anugerah, yang tidak dapat ditukar hak milik.

~Mak nak Ainul bahagia~ Inilah balasan jawapan dari Khadijah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience