BAB 6

Family Completed 27065

“Ira serius kali ni umi. Ira menyesal tak terima Fatih, dulu kan Ira sibuk dengan karier Ira. Sebab tulah Ira tolak cadangan Fatih yang nak kami kahwin hujung tahun lepas. Sekarang ni, Ira dah terbuka hati dah nak kahwin. Ira rasa menyesal sangat umi. Ira nak tebus kesalahan saya. Ira nak jadi isteri yang baik untuk Fatih, Ira nak jaga dia. Pujuklah Fatih umi” rayunya separuh merengek. Minta belas kasihan ibu kandung Fatih. Syadira masih tidak berputus-asa meskipun Fatih tidak melayannya.

Aisyah berbalas renungan dengan anak gadisnya, syahidah. Anaknya memberi isyarat gelengan kepala sepantas kilat. Tahulah dirinya yang anak gadisnya pun tak setuju.

“Please umi, umi kan kenal Ira sejak Ira kecil lagi. Umi rapat dengan ibubapa Ira, dah cukup kenal perangai kami kan. Tak kanlah umi nak terima budak entah siapa-siapa tu jadi menantu umi. Kalau umi terima Ira, umi tak payah risau dah, umi tahu siapa Ira luar dan dalam..” panjang berjela ayatnya, mengampu diri.

Syahidah mencebik. Haah, tahulah sangat. Terlebih tahu” ujarnya dengan omelan kecil.

“Ida cakap apa tadi?” Kali ini Syadira mengerling sisi belakangnya. Tidak mengerti bicara adik Fatih itu. Ish, kau ni budak kecik, perli aku ea?, bisik hatinya.

Syahidah ukir senyum yang dibuat-buat. “Ida cakap, bertuah abang dapat kak Ira” hampir nak termuntah dirinya menggungkap kata-kata yang tidak ikhlas itu. Dia sudah kenal perangai Syadira, cukup kenal. Syadira seorang yang pentingkan diri-sendiri. Gara-gara syadiralah, abang yang disayanginya pernah menderita berbulan-bulan. Abangnya malu kerana lamarannya tidak diendahkan Syadira.

Dulu orang nak kahwin dengan kau, kau jual mahal konon. Kau tak ada pula nak merayu bagai macam ni. Kau malukan abang aku depan parent kau, kau boleh lupa kak Ira tapi aku tak. Aku tak akan lupakan kesedihan abang aku. Abang aku pernah jatuh sakit tau, sebab terlalu rindukan kau. Kau sanggup pergi ke Brunei, semata-mata nak kejar cita-cita kau jadi pelakon tu. Sampai hati kau buat abang aku macam bola,Hatinya berbisik geram.

“Umi tak tahu nak cakap apa Ira. Tak boleh nak bagi kata putus. yang nak kahwinnya bukan umi, kita tunggulah jawapan Fatih. Umi tak boleh nak paksa Fatih. Ini soal perkahwinan Ira, bukan lakonan”

Syadira tersentak. Ish, umi ni perli aku ke apa ni!. Anak beranak sama aje, suka sangat sakitkan hati aku huh!, hatinya mengomel.

Syahidah tekup mulut, cuba mengawal tawanya dari terburai. Dia ketap bibir, masih tenang.

“Kalau macam tu Ira balik dululah. Lately, ira terkejar-kejar ke sana-sini. Maklumlah, tak lama lagi filem Ira bakal naik ke panggung. Makin busylah nampaknya, Ira tak sabar dah nak gondol pelakon terbaik pula” sempat lagi dia naikkan saham sendiri. Sengaja mahu mereka rasa ralat, rugilah tak ambil bintang meletup sepertinya jadi menantu. Syadira masam mencuka, geram bercampur sakit hati.

“Nanti kalau jumpa Hisham Hamid kirim salam kat dia ek kak” Syahidah melaung dari dalam. Sengaja menyakat gadis itu. Hihi…

Syadira angguk terpaksa, dihati pula menyumpah. “Yelah, kalau jumpa dan kalau akak tak sibuk”

Tawa Syahidah terburai setelah pelakon pembantu terbaik itu beredar dari rumahnya. Dia menarik nafas tenang, fuh terlepas dari mulut buaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience