Auntie, Azam dengab Mila selalu ke bangun lewat macam ni? dah pukul 9 pagi ni kenapa mereka belum bangun. Lisda melirik Datin Niah yang sedang menikmati Kopi Kacip FatimahNya.
Tak apalah Lisda, mereka mungkin tak ingat yang Auntie dan Lisda ada dirumah ni, Auntie tak kisah pun mereka lewat bangun biasalah hujung minggu ni semua kena rehat. Azam tu penat sangat dan Lisda tak perasaan ke Milo panas dengan Mee goreng atas meja makan tu? Auntie tak masak pun, tu tandaNya Mila bangun awal Lisda yang lewat bangun. Datin Niah tersenyum sambil meneguk kopiNya.
Ibu,panggil Azam, Azam meletakkan Milo panas di atas meja sambil tersenyum melihat ibuNya.
Anak Ibu lewat bangun hari ni? mesti penat dengan kerja-kerja kat pejabat ni kan kata Datin Niah. taklah ibu Azam cuma tak dapat tidur semalam mungkin sebab Mila disisi. Azam tanpa sedar berkata sedemikian.
issshh kamu ni Azam pagi-pagi dah bergurau dengan Ibu, jadi selama ni tidur lain-lain ke? Datin Niah pula tersenyum menyekat anakNya.
Azam hanya tersenyum mendengar ibunya menyekat. namun jauh di lubuk hatinya berterima kasih pada ibuNya kerana menjagaNya selama ini. mahu saja Azam bertanya pada Ibunya benarkah dia anak angkat namun Azam sudah tidak mahu membebankan Ibunya cukuplah selama ini Ibu kandung Azam merampas kebahagian Datin Niah yang kini menjadi Ibunya. lagi pula selama ini IbuNya tidak pernah bersikap keras terhadapNya.
Mila! kenapa dengan kau ni dari tadi aku perhati macam sakit jak muka tu , pucat semacam, tak tidur ke semalam? gatal betul ko arrr Mila hari-hari dengan suami pun takkan tak tidur gara-gara ..
Ishhh ko ni Lisda sembarang jak ya cakap aku macam tu ingat aku tak faham, memang ya sikap ko macam tu dari dulu asyik kenakan aku jak, ingat aku tak tahukah lis? tapi tak apalah Allah tu tahu mana yang baik , mana manusia jahat.
"Ehh" Mila cakap tu baik-baik sikit ingat aku takut!? kau beranilah sebab sekarang dah ada suami kan? tak apalah Mila soal jahat dan baik tu ko saja tahu, nasib baiklah aku sekarang di rumahmu kalau tak ...
Kalau tak! apa Lis? aku sabar dengan kau selama ni, aku terima segala fitnah kau selama ni sampai aku tak dapat sambung sekolah gara-gara mulut puaka kau ni, tapi apalah Lisda sekarang aku bahagia dan senang, terima kasih sebab kau hidup aku sebaik ini.
Apa yang kamu berdua bualkan ni sampai ke beranda sana Ibu dengar. Datin Niah tiba-tiba muncul dari belakang.
Tak adalah Auntie kita berbual pasal cerita dekat kampung, kan Mila?
Ya, ya Mila terseka- sekat menjawab bimbang dihatinya jika Datin Niah mendengar perbualan mereka tadi. Mila merasa sedikit lega selepas meluahkankan rasa sakit hati selama ini kepada Lisda dan berharap Lisda tidak akan melakukan perbuatan itu lagi terhadapnya namun jauh di dalam hati Mila juga rasa bersalah kerana menyatakan ketidakpuasan hatinYa selama ini dengan keadaan yang tidak sepatutnya.
Petang ni Ibu balik sebab tak boleh tinggal lama butik-butik Ibu tu kata Datin Niah kepada Mila.
wow Auntie ada butik? ada kerja kosong ke Auntie dekat butik Auntie tu? Lisda tanpa segan silu bertanya pada Datin Niah.
Ada, kalau Lisda nak kerja datang jak ke office Auntie kita tengok kerja apa yang sesuai dengan Lisda.
Auntie, Lis gurau-gurau jak. Lis datang sini Lis saja-saja liburan kok. waduh capek kerja terus makanya Lis ke sini liburan dulu dong.
Mila jom masak kejap lagi Ibu nak balik kita makan tengahari dulu sama-sama. Abang ke pasar depan tadi ni ada udang dengan petai, Mila masaklah sambal udang petai, makanan kesukaan Ibu tu. Azam menarik lengan Mila dengan perlahan.
Lisda menarik nafas panjang , jelingan tajam dilemparkan ke arah Mila ,Lisda semangkin sakit hati bila Datin Inah memuji Mila yang pandai dalam soal masak. kau tunggulah Mila .. benak hati Lisda memberontak melihat kebahagian Mila.
Share this novel