1 tahun kemudian..
Abang tolong angkat, Mila tak laratlah berat sangat bakul kain ni.
Ya Allah, sayang kenapa buat kerja ni kan Macik Ani ada buat kerja ni. Hmm jagalah anak kita dalam perut tu sayang, Abang risaulah perangai Sayang ni sejak mengandung jadi gagah perkasa. Azam ketawa besar melihat isterinya yang aktif walaupun usia kandungan sudah 6 bulan.
Abang, sayang nak makan pucuk ubi tapi campur labu kuning, aduhh teringin sangat bang.
Mila beberapa kali menelan air liur.
Azam ikut Ayah ke kebun cari sayur pucuk Ubi dengan labu kuning Mak Intan mengarahkan Azam untuk mengikuti pak Mail ke kebun. Isteri kamu tu mengidamnya lama sangat jadi kenalah penuhi permintaanNya sambil Mak Intan tersenyum.
Baiklah Mak, memang Azam pun nak ikut ke kebun belakang tu, rasanya dah lama tak tengok kebun arwah Abang Aznil tu.
Ayah banyaknya pucuk ubi ni? bolehlah masak lemak nanti. Ayah Azam ke mana?
Azam ke pekan cari labu kuning, Labu kuning dikebun buah dah habis petik. Kata Pacik Hamid yang jaga kebun tu permintaan labu di pasar terlalu banyak.
Pacik Hamid?? siapa tu ayah tak pernah dengar selama ni tentang pacik Hamid.
Pacik Hamid tu pekerja arwah Aznil, orangnya baik dan amanah, semua jualan hasil dari kebun dia bagi dekat Datin Niah selepas arwah Aznil meninggal tu yang Datin Niah suruh pacik Hamid kerja terus di kebun tu. Mak Intan pula menerangkan dengan panjang lebar. hmm bantu Mak bawa pucuk ubi tu Mila kita masak dulu.
Kenyang sangatlah Mak tak larat dah minum teh panas ni. Tadi Mila makan banyak sebab pucuk ubi dengan Labu kuning tu perhhh sedapnya sangat. Mila sambil mengusap perutnya yang kekenyangan.
Syukurlah sayang dah kenyang Abang pula rasa mual nak muntah jak tak masuklah bau makanan tu dalam hidung apa lagi nak makan.
Pak Mail dan Mak Intan ketawa sambil berpandangan. Dulu Ayah kamu ni mengidam untuk kamu Mila, Mak ok saja tapi Ayah kamu pula yang sakit mengidam.
Oklah tu Mak berat sama dipikul ringgan sama dijinjing, kan Bang? Mila mencubit hidung suaminya.
Tak apalah biarlah Abang mengidam untuk anak dan isteri abang. Ayah,Mak saya minta maaf selama ni saya pernah abaikan Mila.
Azam yang lepas tu biarkan , jadikan pengajaran untuk ke depannya kehidupan kamu sebagai suami isteri, susah senang harus bertolak ansur, tak ada perasaan cinta atau sayang wujudkan rasa hormat pada pasangan jangan kerana tiada perasaan maka mengabaikan pasanga kita.
Terima kasih ayah atas nasihatnya Azam janji akan menjaga Mila dan Anak kami kelak.
Azam sebenarnya Ayah kamu yang mahu sangat kamu dijodohkan dengan Mila, sebelum menghembuskan nafasnya terakhir dia memohon pada Ayah Mila supaya kamu dijodohkan, Mak dan Ayah keberatan sebab masa tu Mila baru habis selesai sekolah, Mak Ayah mana yang tak mahu anaknya berjaya tapi Ibu kamu mahu percepatkan perjodohan tu sebab tu semuaNya berlaku dengan cepat. Mak juga sedih dan bimbang perjodohan ini tapi Ayah kamu dan Ayah Mila berkawan rapat dan Ayah Azam banyak membantu keluarga kami.
Mak maafkan Azam, Azam bersyukur kerana perjodohan ini meski Azam tidak setuju tapi jika Allah yang mengaturkan segala perjalanan hidup ini maka pastinya akan baik akhirnya.
Mak, Ayah , Abang sudahlah Mila pun minta maaf juga sebab Mila pun menyalahkan Abang atas semua apa yang berlaku, sepatutnya Mila..
Sudahlah sayang tak baik sedih sedih, Abang tak mahu ingat-ingat perkara yang telah memberi pengajaran buat Abang.
Esok Ibu kamu datang kataNya nak buat kenduri kesyukuran hujung minggu ni jadi Mak nak pergi pekan esok beli bahan buat kuih muih.
Syukurlah semuaNya baik-baik saja.
-TAMAT-
Pada Akhir sebuah cerita kehidupan harus baik baik saja. terima kasih kepada pembaca² ling..tanpa kamu siapalah saya. love love you all.. next Novel dari saya nantikan
Share this novel