SesampaiNya di Wad Mak Intan terus memeluk Mila.. kenapa ni sayang ? Mak ..Ayah ..Ibu ..Mila tak apa-apa cuma terseliuh sikit jak ..hari ni mila keluar wad dah. ni arr Mak tunggu dokter jak check lepas tu boleh balik , Mila pun tak nak lama- lama kat sini.
Mila..Datin Niah memegang tangan Mila lain kali hati-hati turun tangga tu kalau Mila berbadan dua macam mana? Azam terbatuk mendengar kata-kata ibuNya.
Azam Jom kat luar sekarang ni sesi perempuan kita duduk kat luar tunggu ..Pak Mail menepuk bahu Azam memberi isyarat beredar dari ruang bilik wad Mila.
Mak,Ibu.. Mila yang salah tergesa-gesa tadi turun kat tangga sebab Mila happy sangat Abang Azam kata balik kampung tu yang Mila tak nampak tangga tu. Mila tersenyum manja didepan Ibu dan ibu mertuaNya.
isshhh kamu ni Mila .. tak lari pun rumah Kita kat kampung tu.
Puan berdua.. tiba-tiba doktor masuk ruangan Wad.. Puan Mila boleh keluar wad sekarang..pergelangan kaki tak mengalami kecedraan serius atau mengalami luka cuma bengkak dan ngilu akan terasa sebab hentakan pada bahagian buku lali. panjang lebar Doktor Aisyah Menerangkan.
Kan Mila dah cakap tadi ..semuaNya ok ..Mila terinjut injut menuju ke tempat letak kereta.
ee Azam pimpin Mila ni..kamu ni macam tak nampak isteri jak tengah sakit Datin Niah tersenyum sengih pada anakNya.. tak apa ibu Mila boleh jalan .. Azam menarik tangan Mila meletakan dipinggangNya.. Ya Allah kenapa hati aku berdegup kencang ni ?? dibenak hati Azam mula terasa lain. selama mereka berkhawin Azam hanya mencium dahi dan memegang tangan mila sewaktu majlis pernikahan mereka selepas itu Azam membiarkan Mila seolah-olah bukan isteriNya..jangankan memegang tangan nafkah batin tidak pernah sama sekali. Ya Allah jika ikut hukum apakah hubungan aku dan Mila??
Abang?? kereta kat sana tu napa sampai kat sini.. Azam terus Mengucap ya Allah ..
Pak Mail , Mak Intan dan Datin Niah tertawa melihat gelagat mereka berdua.
Azam jalan kat sini tak sampai pun 10 minit ..kenapa terus jak kedepan tadi? lupa dah letak kereta dekat mana? ee Mak tak fahamlah dengan kamu ni..
Azam terkulat kulat sambil tersenyum ..
Pelan-pelan naik tangga tu ..Pak Mail memberi ingatan pada Mila setibaNya dirumah mereka.
Hujan ni lebat sangat pakNya ..tak dapat ke kebun ambil sayur dengan pisang sekali .. Mak Intan menarik nafas perlahan sambil menuangkan kopi.
Mak Ayah..kenapa tiba-tiba suruh kita orang balik sini? kata Mila
Tak ada apa-apa tadi pagi Datin Niah jenguk kubur Arwah Aznil tu yang Datin telefon kamu ajak sekali cuti hujung minggu disini tapi yalah Datin Niah ada urusan mendadak dekat ButikNya taklah sempat sama² nak cuti sehari dua dekat sini. Mak Intan panjang lebar menerangkan.
Mak Ayah.. Azam bersuara sambil melirik Mila kita duduk sini seminggu sebab kerja saya pun dah siap jadi saya pun nak rancang rehatkan diri di kampung ni.
Mila sedikit terkejut tapi menutupi rasa gembira kerana suamiNya meluang masa bersamaNya di kampung.
Pak Mail tersenyum lebar ..eloklah tu esok boleh tengok kebun belakang sana tu bersama Ayah nanti.
Apakah Cinta berputik antara kau dan Aku...aikk silap ..Azam dan Mila.. nantikan para pembacaku..tq kamurang..jgn lupa folow dan komen.. tanpa kamu siapalah diriku
Share this novel