30.BERPISAH

Drama Series 6047

Mila kenapa tak bagitau Azam hal yang sebenar? hal macam ni tak boleh rasiah, nanti ada apa-apa siapa susah. Mak risau dengan kamu berdua ni masing-masing nak berasiah nanti kemudian hari jangan sampai ada yang menyesal sebab dengan sikap masing.

Mak jangan cakap macam tu. Mungkin Azam tak mau buat saya sedih dengan sakit dia tu, tapi tak apa Mak, Doktor sofia cakap semuanya baik-baik saja. Mila mohon Doa Mak Ayah dan Ibu supaya semuanya dipermudahkan.

Hmm Doktor Sofia panggil saya ke sini ada apa-apa ke?. Azam sedikit cemas bila Doktor Sofia menghubunginya supaya segera datang ke hospital.

Azam kemarin kita ada penderma buah Pinggang jadi kita dah check iaNya sesuai dengan kamu, lagipula penderma tu tak kisah dermakan buah pinggangnya pada sesiapa yang memerlukan, KataNya ikhlas buat sesiapa saja yang benar-benar memerlukannya.

Ya Allah terima kasih atas segalanya. Hmmm Doktor Sofia berapa lama untuk proses kesembuhan selepas pembedahan ni?.

Hello Ibu, Ibu dekat mana Azam dah dekat hospital ni. sekejap lagi pembedahan akan dibuat.

Datin semoga dipermudahkan semuanya. Saya pun tak tahu nak buat apa dengan keadaan mereka harap-harap Mila baik-baik saja .

Mak Intan mungkin Azam dan Mila ada alasan tersendiri kenapa mereka melakukan ini. Sekejap lagi mereka juga akan dipertemukan di ruang pembedahan jadi kita tengoklah nanti reaksi Azam.

Ibu maafkan kesilapan Azam, halalkan makan minum Azam selama Azam bersama Ibu. Azam mencium tangan Datin Niah.

Hmmm Jangan cakap macam tu, Azam kena kuat ya, Azam satu satunya harta yang Ibu ada. Ibu dah tak ada sesiapa selain Azam. Datin Niah menahan sebak dihatinya melihat anak tirinya berputus asa dengan sakit yang di alaminya.

Ibu andai pembedahan ini gagal dan Azam ada apa- apa tolong jaga Mila, jangan biarkan dia..

Datin Niah, ok pesakit dah nak dihantar ke ruang bedah ya. sebab penderma pun dah ready kata Doktor Fizan. Belum sempat Datin Niah memberitahu siapa pendermanya Doktor Fizan sudah memberi isyarat untuk ke ruang bilik bedah.

Sudahlah Mak Intan jom ke ruang solat kita solat bertiga, ajak sekali Datin Niah.

Jam dinding sudah menunjukan pukul 6 petang Datin Niah mundar mandir diruang menunggu untuk mengtahui keadaan Azam yang selesai pembedahanNya sejam lalu.

Doktor Sofia bagaimana keadaan Azam dan Mila? Datin Niah terketar ketar menanti jawapan Doktor Sofia yang kebetulan datang untuk menemui Datin Niah.

Syukur pembedahannya berjaya cuma Azam dan Mila belum sedarkan diri nanti 2 jam dari sekarang Datin, Macik dan Pacik boleh melawat.

Hmmm Doktor tadi masa pembedahan Azam dan Mila tak bertemukah? kan pembedahan ni penderma dan penerima sama-sama dibedah, takkan tak berjumpa doktor. Mak Intan tersenyum kelat dengan soalannya sendiri.

Macik nanti kita cerita ya. Sebab saya pun ada pesakit nak tengok, Doktor Faizan bagitahu saya tadi keadaan mereka berdua so tu yang saya jumpa Datin , macik dan Pacik ni. Apa-apa pun semoga mereka cepat sembuh. saya pergi wad dulu.

Pak Mail dan Mak Intan kita pergi Makan malam dulu nanti jam 8 kita balik sini.

Kamu berdua pergilah dulu saya ke ruang solat berehat dekat sana, badan ni kurang sihat sikit mungkin sebab tadi terlalu risau dengan Anak berdua tu. Pak Mail segera pergi ke ruang solat Hospital.

Ahh yalah kami pergi dululah.

Sorry lama pembaca tunggu.. apa² pun thanks kamu masih setia menanti next ceritanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience