Mila balik nanti hati-hati jangan sampai jatuh lagi dan ingat bulan depan balik nanti sebab sepupu Mila yang kerja dekat Indonesia tu katanya balik bercuti dekat sini.
Maakk kan boleh jak Mak telefon Mila , lama lagi tu bulan depan. Mila merebahkan kepalanya di bahu MakNya.
Ayah Mak kami balik dulu takut nanti hujan. Azam menghulurkan tangan pada Ayah dan Mak mertuaNya.
Hati-hati bawa kereta sampai nanti telefon ya. Pak Mail melambaikan tangan pada Azam dan Mila.
Mila berbaring sambil memikirkan sesuatu.
Lisda kali ni kau balik malaysia entah apa hal lagi kau nak kenakan aku. Hati aku masih sakit Lis saat kau memalukan aku dengan anak pak Imam kampung sebelah tu. Apa salah aku Lis? sampai kau sanggup reka cerita yang aku dah telanjur dengan anak Pak Imam tu. Mak aku sakit kerana menahan malu dan 1 kampung melihat serong dengan aku , sebab kaulah aku kena khawin dengan Azam. Mila tanpa sedar bercakap sendirian ketika memikirkan sepupunya akan kembali di malaysia walaupun hanya bercuti.
Azam perlahan-lahan membuka surat dari Arwah Aznil. Ya Allah Azam menekup wajahnya dengan telapak tanganNya ..Selama ini aku salah faham dan memikirkan yang bukan-bukan terhadap keluarga Mila dan Mila menjadi mangsa aku melempiaskan amarah dendamku selama ini ternyata semua itu silap. Kenapa aku percaya dengan Pak Long selama ini?? dan Ibu? Ya Allah kuatkan hatiku untuk menyatakan semua ini pada Ibuku. Azam melangkah lemah keluar ke dapur untuk mencari air, tubuh Azam sekaan ingin rebah , terlalu lemas kerana terkejut dengan semua isi kandungan surat arwah Aznil.
Bang!! Ya Allah terkejut saya..abang buat apa dalam gelap-gelap ni? Azam juga terkejut habis menatap Mila dalam samar-samar gelap.
Habis??? kau tu kenapa tak on lampu? buat orang terkejut jak..
ee abang ni Mila dah biasa gelap-gelap dan sendiri-sendiri dalam dapur ni.. "urmm" bukankah abang tu tak suka masuk dapur rumah kita ni??
Eehh Mila ..sorry apa awak cakap tadi?? suka hati akulah nak pergi mana dalam rumah ni ..kan rumah ni rumah aku. kau tuuuu..
Okay fine! saya ni menumpang dengan awak, saya ni bukan siapa-siapa, saya ni orang lain dan selamanya orang lain bagimu , abang tak pernah anggap saya sebagai isteri walaupun hubungan kita sah .. Abang tahu tak? hukum agama kita ni dah kira tak ada apa-apa. tapi tak apa-apalah kita teruskan sandiwara ni suka hati Abang nak yang macam mana. Mila mula menangis dan melangkah keluar dari ruang dapur.
Mila! stop Azam menarik tangan Mila dan menolakNya duduk ke sofa ruang tamu .
sudahlah bang , Mila dah penat semua ni Mila ada hati dan perasaan , abang perlakukan Mila seolah-olah Mila ni bukan isteri abang, apa salah Mila bang?? abang cakaplah supaya Mila tahu abang jangan pendam jadi dendam.
Azam menarik nafas dalam-dalam susana serasa dalam drama. Okay Mila nak tahu sangat kan? sebab utama aku marah sangat dekat kau dan keluarga kau bila mana keluarga kau merayu dengan Ibu aku untuk aku jadi Pak sanggup sebab kau dan anak Pak Imam berzinah!! demi maruah keluarga kau, aku terpaksa tinggalkan bakal istriku yang dah bertahun aku kenal. Aku tak mahu jadi anak derhaka pada Ibu aku sebab dia hanya ada aku dan aku hanya ada Ibu! aku tak tamak dengan harta keluarga Mila bukan sebab itu aku terima kau! sebab aku sayangkan ibu aku.
Azam hilang pertimbangan sampai menumbuk dinding mengakibatkan jam dinding jatuh ke kepala Mila.
Ya Allah bang..Mila memegang dahiNya darah mengalir deras.. aduhh pedihnya Ya Allah.
abang!!! tubuh Mila rebah di kaki Azam.
Mila?? Azam panik melihat darah di dahi Mila
Ya Allah apa ku buat ni?
Encik Azam ..
puan Mila tak apa-apa nasib baik cepat datang ke klinik kalau tak Isteri encik kena hantar hospital. kita dah jahit luka dekat dahi dan kita bagi berapa ubat untuk membantu. tapi encik mungkin isteri encik akan mengalami sedikit pening dan sakit.
terima kasih doktor.
Abang jangan bagitau keluarga kita tentang hal ni , Mila tak mahu keluarga Mila risau lagi. sakit ni biarlah Mila rawat sendiri dan terima kasih atas segalanya. Mila melangkah lemah memasuki biliknya.
Saya tidur dengan awak malam ni Mila , awak sakit , sakit sebab saya jadi saya akan jaga awak.
Tak apa bang Mila boleh sendiri.
Azam ni kan...
Share this novel