28. PASRAH

Drama Series 6047

Mila Maafkan Abang ..

Azam, Kini sudah tiada apa-apa yang membuat hubungan kita harus bertahan. Sejujujurnya aku sedih, kecewa dan patah hati. Andai saja waktu dapat berputar aku mahu menjadi Mila yang dulu.

Mila, Abang mengaku Abang silap, 3 bulan Mila tiada di sisi membuat Abang sedar siapa Mila di hidup Abang dan Abang bertangungjawab diatas kematian anak kita Mila jika nyawa Abang dapat menghidupkan anak kita semula Abang rela untuk Mati.

Bagi Mila masa untuk melupakan hal ini, tak perlu Azam datang ke rumah Mila untuk meraung supaya Mila memaafkan. Mila sudah maafkan tapi Mila tak dapat lupakan segala apa yang telah terjadi. Berilah Mila ruang untuk kembali tenang dalam menerima hakikat ini.

Sampai bila Mila?

Mila , Azam kenapa ni? sorang di atas rumah sorang lagi di bawah rumah. Nasib baik tiada jiran dekat-dekat sini kalau tak mereka semua cerita yang bukan-bukan pasal kamu berdua ni.
Azam naik dulu. Pak Mail menepuk bahu Azam sambil memberi isyarat supaya naik ke rumah.

Jemput minum, Mak Intan meletakkan gelas berisi kopi dihadapan Azam. 'hmm' Mila duduk sekali sini Mak dan Ayah nak cakap sikit. Azam , Mak tak sebelahi mana-mana diantara kamu, Mak nak cakap apa yang Mak diam selama ni terhadap kamu kalau ikutkan hati Mak dah marahkan kamu sebab buat Mila sakit beberapa bulan lalu, ada Mak call kamu Azam? suara Mak Intan tersekat sekat untuk meneruskan kata-kata.

Mak, sebenarnya..

Azam cukuplah, tak perlu diceritakan segala permasalahan yang telah berlalu, jadikan pengajaran untuk masa mendatang dalam rumahtangga kamu.

Sudahlah MakNya. Pak Mail dengan tenang meletakkan cawan kopi. Mila dan Kamu Azam Ayah tak nak cakap banyak lagi pula masalah kamu ni selesaikanlah dengan cara baik sebab kamu berdua ni bukan budak-budak lagi. Lisda pun sudah kembali ke Indonesia tiada alasan lagi kamu untuk terus membawa diri masing-masing, kalau Ayah nah persoalkan lagi ikut Agama tambah keruh lagi keadaan. Jadi Mila sebaiknya kamu ikut dengan suami kamu balik semula rumah kamu dipekan tu.

Ayah, tak apalah kalau Mila masih marahkan saya, biarlah dia dengan rela hati untuk kembali ke rumah kami. Andai Mila bahagia dan gembira disini hati saya sudah cukup tenang Ayah. Cuma saya berharap jangan terlalu lama untuk tidak memaafkan saya. Sesungguhnya saya benar-benar akui semua yang telah terjadi sayalah puncanya. Azam tertunduk menahan air mataNya, hatinya sebagai lelaki benar-benar tercabar.

Mila hanya tersenyum sinis. Azam tak perlu meminta simpati dengan aku. Disaat aku benar-benar sayang kepadamu, kau tak tengok pun.

Mila! sudah tak baik cakap macam tu dengan suami. Pak Mail meninggikan suaranya sedikit.

Ayah, Mak, Mila saya minta diri dulu hari pun dah petang saya ada hal nak dibuat. Azam menatap wajah isterinya dengan penuh sayu seakan waktu tidak memberi kesempatan untuk bersama kembali.

Dear Dairy
Abang Maafkan Mila kerana bersikap sedemikian. Hati ini benar² hancur dengan semua apa yang kita lalui. Mila penat hadapi perasaan ini. Maafkan Mila..

Kenapa harus aku lalui semua ini? setelah aku sedar sudah terlambat untuk mengatakan apa yang telah terjadi dan mengapa aku harus menerima semua ini disaat aku sedar. Ya Allah sungguh besar dugaanmu padaku. Azam meraup wajahnya dengan telapak tangannya.

Mila duduk jap Mak nak cakap sikit. Hari ni Mila baliklah ke rumah kamu dipekan tu. tak baik lama-lama tinggalkan suami. Sudahlah merajuk Mak dan Ayah tak nak masuk campur urusan kamu suami isteri. Dengar cakap Mak ni Mila.
Mak Intan memeluk Anaknya tunggalnya. meski rasa kasihannya pada anaknya namun Mak Intan tidak mengajar anaknya untuk menjadi isteri derhaka.

Betul kata Mak kamu tu Mila. Ni ada Ayah ambil Pisang, ubi dan sayuran untuk kamu bawa balik.
Bersiaplah nanti Mak dan Ayah hantar ke stesen Bas.

Mila hanya akur dengan kehendak orang tuanya meski hatinya masih berat untuk balik ke pangkuan suaminya.

Ayah, Mak terima kasih sebab hantar Mila ke Stesen Bas. Azam mendapat panggilan dari Pak Mail untuk menjemput Mila di stesen Bas di Kampung mereka.

Mila dah makan? kalau belum kita singgah sekejap makan, nanti sampai rumah taklah susah Mila masak lagi.

Mana- manalah. Mila acuh tak acuh dengan pertanyaan Azam.

Hai Encik Azam. Apa khabar? kebetulan terjumpa pula disini.

Khabar baik doktor. Jemputlah duduk sekali, ni saya kenalkan isteri saya Mila. Mila ni Doktor Sofia dia..

Hai Doktor sofia salam kenal saya Mila adik Encik Azam. Mila tersenyum sinis sambil menjeling ke arah Azam.

Doktor Sofia tersenyum melihat sikap Mila.
ternyata Isteri Encik Azam ni pelawak juga ya. Encik Azam dan Puan Mila "Tq" sebab invite saya makan bersama tapi suami dan anak saya sudah menunggu makan bersama di sana tu. Doktor Sofia menunjuk ke arah meja di mana suami dan anaknya sedang minum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience