16. BAIKLAH

Drama Series 6047

Kenapa abang senyum? tak ada yang lucu pun Mila mengalihkan perhatian suaminya dari pada di sapa oleh Lisda.

Mana ada abang senyum, abang cuma memberi isyarat dengan Lisda dia kan angkat tangan sambil "hai" so abang senyum jaklah.

Hmm! aduh Mila ko ni kan tak berubah langsung patutlah Muar jauhkan diri, yalah suka sangat fikir yang bukan-bukan lebih tepat cemburu.

Assalamualaikum!

Azam, Mila dan Lisda sama-sama menuju ke Muka pintu. Ibu, kenapa tak call Azam jemput Ibu? penat Ibu memandu dari bandar ke sini.

Tak adalah penatnya, penat lagi ibu urus butik-butik Ibu tu. Datin Niah terus melabuhkan punggung ke sofa sambil membuka Tudungnya dan membiarakan anak tudung menutupi rambutNya.

Ibu kenalkan ini Lisda, kakak sepupu Mila, baru datang dari Indonesia.

Hai Auntie, Lisda Melambaikan tangannya ke arah Datin Niah. Datin Niah hanya tersenyum sedikit kaku kerana melihat Lisda dengan berpakaian agak seksi. Hai Lisda, dah lama sampai? Tak lagi Auntie dah 4 jam lalu Lisda sampai sini.

Mila, jom ke dapur buat apa yang patut Azam memberi signal kepada Mila untuk ke dapur.
baik bang. Ibu, Lisda saya ke dapur dulu ya.

okay, Ibu nak air manis sejuk ya Mila. Datin Niah tersenyum manis memberi arahan kepada menantunya.baik ibu, Mila terus berlalu.

Abang dah kenapa tiba-tiba nak ke dapur ni? kan elom duduk dekat ruang tamu teman ibu bersembang.

Abang ke dapur ni bukan nak tolong kamu buatkan air tapi nak tanya ni, Lisda tu tidur mana? kalau ibu kan bilik dia dah ada, takkan Lisda sebilik dengan Ibu?

Abang, kenapa susah sangat pasal bilik ni? kan Lisda boleh tidur dengan saya, Mila menerangkan sambil membancuh air sirap bandung.

Mila! dah lupa ke? nak Ibu tahu kita tak tidur sebilik? nak Ibu tanya macam-macam nanti? jadi malam ni Mila kena tidur bilik Abang dan Lisda tidur bilik Mila.
Mila tak nak bang, Mila ..

Sudahlah Mila tak payah fikir bukan-bukan, malam ni dan selagi Ibu dan Lisda ada dekat sini , Mila kena tidur di bilik Abang. Azam membantu Mila mengangkat dulang berisi minuman dan kuih Seri Muka.

Ibu jemput minum, Milo panas pun ada saya buatkan ni, macam tak sesuai minuman sejuk makan dengan Kuih. Mila memberikan Milo panas kepada Lisda dan Ibu mertuanya.

Mila, Ibu ada bawa lauk pauk tu panaskan saja untuk makan malam kita hari ni tak usah susah-susah masak, Ibu dan kita semua kena rehat awal malam ni sebab esok Ibu nak bawa Mila ke hospital untuk medical Check-up.

Tersembur minuman dari mulut Azam mendengar kata-kata ibunya. Ibu, kenapa nak bawa Mila ke hospital?

ya Bu, Mila sakit ya, waduh Mila kenapa sih kamu ngak bilang-bilang ke Mama sama papa kamu? pasti mereka kaget sih, yaa kalau mereka lagi tahu kamu sakit.

Datin Niah tertawa mendengar Lisda berkata-kata. Lisda, Mila bukan sakit dia cuma perlu pemeriksaan Doktor dan kamu tu Azam buat-buat tak tahu saja, sudah hampir 2 tahun sampai sekarang berlum ada anak, Ibu risau Mila ada apa-apa.

Mila hanya mendiamkan diri dan akhirnya bersuara, Ibu esok Mila tak dapat ke hospital sebab Mila lagi datang "tetamu", kalau boleh bulan depan ya Ibu.

Datin Niah tersenyum kecil. Baiklah bulan depan pastikan Azam bawa kamu ke hospital.

Azam menarik nafas lega. syukur untuk kali ini masalah selesai.

"Good Night" Auntie. Datin Niah dan Lisda masing-masing menuju ke kamar.

Azam dan Mila saling berpandangan.
Azam menarik tangan Mila, jomlah masuk bilik nanti ibu keluar ke dapur minum airkah? atau ambil air nanti ibu heran kita masih dekat ruang tamu.

Mila hanya menurut, tiada pilihan malam dan entah berapa malam akan tidur sebilik dengan Azam.

Abang, Mila tak selesa tidur macam ni , Mila minta maaf, gara-gara Mila, Abang tidur dekat lantai. Mila mengesat air mataNya rasa bersalah membuat Mila bangun dan menghampiri Azam.
Abang..
urmmm napa Mila? dah tengah malam ni kenapa belum tidur? Azam bangun dan duduk sambil menguap.

Abang tidurlah atas katil tu, Mila kesian tengok Abang tidur di lantai. Mila terus mengangkat bantak Azam naik ke Katil.

Mila tak kisahkah Abang tidur sebelah Mila ni?
Azam juga merasa lain dan segan tidur bersebelahan dengan isterinya. sebagai seorang lelaki yang normal Azam tidak lari dengan keinginannya untuk bersama isterinya namun teringat kembali kata-kata Lisda, Azam terus memusingkan badannya membelangkan isterinya.

tq for reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience