27.HAPUS

Drama Series 6047

Datin Niah tergesa-gesa pergi tanpa memberitahu Pak Mail dan Mak Intan.

Hello Darus dekat Mana? jap lagi sampai ni kamu tunggu sana ya.

Datin ni no Bilik 101 Tu. Darus terus mengetuk pintu tersebut.

Ibu!?? Azam sangat terkejut melihat IbuNya dan 3 orang lelaki berdiri didepan pintu bilik hotel tersebut.

Pakkkk!! tamparan berkali kali hinggap di wajah Lisda tak cukup dengan tamparan dari Datin Niah , seorang lelaki menolak dan menendang Lisda dan memijak perut Lisda.

Azam ingat Isteri dekat rumah! kau memalukan Ibu. Ibu tak percaya dengan apa yang kau dan kau betina murahan buat selama ni. Apa kurangnya Mila? Dan Kau perempuan sial selama ni aku perhati gerak geri kau dengan anak aku, kau betul-betul tak tahu malu merampas suami sepupu kau sendiri, kenapa!!! dah tak ada lelaki lain dekat Sabah ni untuk puaskan nafsu kau tu? jaga maruah tu meski bergelar janda. Datin Niah mendekati semula Lisda dan menarik rambutnya " ikutkan hati aku dah lama aku bunuh kau Lisda? nasib baik aku masih hormat dengan family kau tu kalau tak kau dah hilang dari bumi ni sejak sebulan lepas''. Ini amaran terakhir dan aku harap kau hilang dari pandangan aku, faham!!!.

Ibu! kenapa buat saya macam ni? saya dan Lisda saling mencintai Ibu? Ibu yang paksa saya khawin dengan Mila, perempuan kampungan tu! saya tak mahu, Ibu yang mahu kan?? jadi salahkah Azam buat macam ni?

Azam kau sama dengan Mak kau! menghancurkan kebahagian sendiri demi kepuasan dan tak pernah bersyukur atas apa yang dimiliki. Azam kau tahu siapa diri kau dan siapa perempuan yang kau jadikan selingkuhan ni, 2x5 lah kamu sama saja.

Datin Niah saya tahu siapa saya? bukan anak awak dan saya tahu Ibu sayalah punca Dato Meninggal. So why Datin tak buang saya? kenapa masih jaga saya?

Datin Niah menampar Azam. Azam dari kau kecil sampai kau besar macam ni Saya tak pernah jentik pun apa lagi menampar, kau tahu Azam kenapa saya tak buang kau? Ibu kau yang buang kau macam sampah! bila dapat harta dari suami aku dia lari dengan jantan lain dan jantan tu adalah Ayah kau Lisda!

Azam membulatkan matanya dan memalingkan wajahnya ke arah Lisda yang terduduk di sudut bilik.

Darus jom keluar biarkan mereka berdua disini untuk teruskan kemahuan mereka. Datin Niah terus berlalu.

Datin Niah meraung sambil menangis didalam kereta hatiNya benar-benar hancur dengan hal yang baru diluahkanNya kepada Azam.
Abang, maafkan saya tidak berniat untuk membongkar rasiah ini tapi keadaan terpaksa.

Makkkk! Mila berteriak dari bilik.

Ya Allah anak Mak kenapa ni?
Abang sini cepat! Mila sakit ni, Mak Intan memegang dadanya melihat darah mengalir di punggung Mila.

Datin Niah yang baru sampai terdengar suara Mak Intan memanggil Pak Mail dengan suara cemas.

Mak Intan, Pak Mail ada apa? Datin Niah terus meluruh masuk ke dalam bilik Mila. Ya Allah, Mila bangun nak .

Pak Mail terus mengangkat Mila masuk ke kereta Datin Niah.

Kamu semua tunggu di luar ya.
Doktor segera memasuki ruang ICU.

Azam mundar mandir didalam bilik hotel sementara Lisda masih memegang perutnya yang masih sakit setelah dipijak oleh pengawal Datin Niah.
ini semua salah kau Lisda!

Ya memang salah aku! sebab aku nak balas dendam atas kejahatan Ibu kau yang telah merampas Ayah aku dari Mak aku.

Azam membulatkan matanya. Owhh rupanya selama ni kau sengaja menggoda aku semata-mata membalas dendam ya.
Azam memakai bajunya dan terus meninggalkan bilik hotel.

Padan muka kau Azam! Lisda tersenyum puas.

Sorry lambat update..teruskan membaca gaiss.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience