Sayang, kenapa sampai 2 beg besar ni nak bawa balik kampung? hari tu sayang cakap baju banyak kat kampung.
Abang kali ni Mila nak minta izin dengan Abang yang Mila nak lama sikit dekat kampung dan lagi satu Mila minta sangat-sangat sepanjang Mila tak ada Abang fikirlah betul-betul sama ada Abang nak teruskan perselingkuhan Abang dengan perempuan tu atau Abang fikirkan saya dan anak kita dalam perut ni. Mila tahu segalanya bang cuma Mila diamkan diri demi kebaikan kita semua dan Mila minta dengan Allah supaya keluarga kita dijauhkan dengan dosa besar, Abang faham kan?.
Terbuntang mata Lisda saat Mila mengatakan sedemikan kepada Azam. Ya ampun dia tahu rupaNya. urmmm lantaklah Mila, janji Aku dengan Azam bebas di rumah ni tanpa kau!
Dan kamu Lisda nak sangat bahagia kan? kalau nak bahagia bukan atas penderitaan orang lain. kau dan aku bukan orang lain lisda Mak aku dab Ayah kau adik beradik tapi kau selalu menganggap aku orang lain! dari dulu sampailah sekarang apa yang aku ada kau pasti akan hancurkan! tapi tak mengapa Lisda Allah ada karma tu pasti datang dan satu hal yang kau perlu tahu, aku tahu kau sudah bersuami dan ada anak tapi kerana sikap kau suami kau ceraikan kau dan sebab tu kau balik ke sini.
Mila!! cukup, Lisda bangun dan menampar pipi Mila, apa kau rasa Mila? sakit? ini amaran untuk kau jangan sesekali masuk campur kehidupan aku. Lisda terus berlari masuk ke bilik.
Sayang apa semuaNya ni? sayang tak ada bukti pun Abang ada perempuan lain, sudahlah! hari ni Mila tak payah balik kampung Mila tenangkan fikiran Mila dan Abang tak sedap hati Mila balik kampung dengan keadaan begini. Azam menggaru garu kepalanya yang tidak gatal , Azam binggung untuk menghadapi situasi ini.
Abang, saya minta maaf atas apa yang terjadi tadi, Mila tersedu sedu menangis. Mungkin Abang tengok Mila diam selama ini, mungkin Abang fikir saya gadis kampung yang tak tahu apa-apa. Mila tahu diri bang! Mila bukan bodoh yang tak ada perasaan bang.
Sudahlah sayang, Azam memeluk isterinya dengan erat. Abang juga minta maaf buat Mila sedih macam ni dan Abang benar-benar jujur dengan Mila. Please sayang jangan memikirkan yang bukan-bukan. Sayang sekarang lagi mengandung nanti baby tak sihat nanti.
Mila melepaskan pelukan suamiNya, perlahan-lahan melangkah mengambil beg-begnya dan membawa masuk semula ke dalam bilik mereka.
Assalamualaikum,
Ehh PakNya mana mereka ni?
Azam sedikit terkejut, eh Pak,Mak bila sampai? Naiklah Pak, Mak.
Pak, Mak duduklah dulu, Saya panggil Mila dibilik ya.
Baiklah nak. Pak Mail perlahan-lahan meletakkan bungkusan plastik di tepi sofa.
Sayang, Bapa dan Mak datang tu bangunlah.
Ahhh! Mak dan Bapa datang?
Makkk, Mila terus memeluk Mak Intan.
dicium ciumNya pipi Mak Intan.
Mila rindu sangat kat Mak dan Bapa.
Ishhh anak manja sorang ni kalau iya pun bagilah Mak dan Bapa ni duduk dulu.
Pak Mail mengusik anak tunggalNya.
Bapa ni takkan nak tunggu Mila suruh duduk baru nak duduk, ini kan rumah kita juga. Mila melepaskan pelukan dan segera ke dapur membuat minuman.
Ehhh Mak Long , Pak Long bila sampai?
Lisda terkulat kulat dan terkejut Pacik MacikNya bertandang ke rumah Mila.
Ehh Lisda bila lagi sampai Sabah ni? kenapa tak balik kampung tengok Mak kamu? dah berapa lama kamu dekat sini?
Malaslah Lisda balik rumah Mak tu Mak Long sejak dia khawin dengan Pacik tu rasa malas nak tengok Mak.
Issh kamu ni Lisda kalau bukan kerana Bapa tiri kamu tu kita tak berada di Sabah ni tau. jangan sebab Mak kamu kawin lagi kamu anggap Mak kamu tu tak sayangkan kamu. Jangan salahkan Mak kamu dengan masalah ni salahkan bapa kamu tu berbini dua, datang merantau dekat Malaysia mengaku bujang dah tu dekat Indonesia ada Isteri dan Anak. salah siapa tu Lisda?
Sudahlah tu Bapa, baru sampai dah bahaskan kisah lalu. kamu tu Lisda dengarlah sikit cakap Mak dan Bapa ni, kamu dekat sini pun tak buat apa-apa, kan bagus balik kampung tengok Mak Su tu. Mila mengambil peluang untuk menyatakan isi hatinya yang di pendam selama ni.
Azam hanya diam membisu dan merasakan sesuatu yang bakal akam dihadapi jika Lisda terus berada disini.
Abang Minum kopi, dari tadi Mila nampak Abang diam jak.
Orang ke tiga itu tidak akan hadir jika lelaki tak memberi ruang di hati. opsss jangan marah kaum adam ..teruskan membaca ya.
Share this novel