Mila melabuhkan punggungnya ke sofa sambil menonton Tv ..drama yang bermain dilayar tv sedikit pun tidak menarik perhatianNya .. yang difikirkan apa akan terjadi seterusnya antara dia dan Azam.
ketukan pintu membuat Mila tersedar dari lamunanNya .
ee Apa ko buat ni sampai aku ketuk pintu pun tak dengar kerr..sudah sudahlah tidur tu kan malam tidur lagi ..kenapa tak lena kah tidur tu sampai siang malam nak tidur?? seperti kipas berpusing bebelan Azam tak henti henti.
Mila memberanikan diri menyalam tangan Azam ..tapi Azam buat buat tak nampak apa yang mila lakukan..Mila memejamkan mata sambil menelan liur menahan sebak didada.
Aaabang..Mila minta maaf sebab Mila lama kat kampung ..Mila rindu dengan mak dan Ayah sebab tu Mila lama-lama sikit kat sana.
Urmmm Mila kau ada ke tiada ke sama jerr ..bagi aku tak ada apa² bezaNya .. lagipun kita disatukan kerana keluarga dan kau sendiri pun tahu aku tak suka dan cintakan kau Mila..Azam mula meluahkan rasa sakit hati.. dan disebabkan semua ni aku dan kekasih aku tak dapat bersama Azam memperlahankan nadaNya seakaan benar-benar sedih sambil memicit kuat remote Tv.
Abang.. suara Mila tersekat sekat.. Mila akui Mila tak pernah ada perasaan suka apa lagi cinta terhadap abang tapi sekarang Mila mula sayangkan abang ..sukakan abang ..Mila nak kita berbaik lagipun sudah setahun bang kita bersama ..abang..
Diam!! Azam berdiri mendekati Mila .. perasaan tu kau jak ada ..aku tak ada ..ini semua salah kakak kau Mila ..salah dia aku kau yang kena lalui ..dan kau masih tak rasa malu setelah apa yang kakak kau buat pada abang aku dan bapa aku!! e Mila ..satu-satuNya harta yang aku ada adalah Ibu aku ..kalau bukan kerana dia aku tak akan khawin denga kau..
Mila terus memeluk kaki Azam..abang maafkan mila dan keluarga Mila kehidupan kita janganlah dikaitkan dengan orang yang telah tiada.. mengapa abang menghukum Mila atas kejadian lalu ..Mila tak salah bang ..esakan tangisan Mila semangkin kuat..
Azam terkejut dengan tingkah laku Mila.. Azam melepaskan kakiNya dari pelukan Mila.
Azam cepat-cepat mencapai kunci kereta dan pergi meninggalkan mila yang masih menangis.
Tuk Tuk Tuk
Pintu dibuka ..tercegat wanita seksi dihadapan pintu .. ee abang ..masuklah.
Rina merangkul pingang Azam sambil mencium cium bahu Azam.
Abang nak tidur malam ni kat sini. Azam merebahkan badanNya di sofa rumah kekasihNya Rina.
Bang kesian isteri abang kat rumah tu sorang-sorang ..abang jangan marah dia sangat tak baik buat macam tu ..Rina bukan nak masuk campur urusan rumahtangga abang tapi abang terlalu ego dan dendam sampai Mila pun abang babitkan dalam kisah Arwah kakak dia dan Abang awak tu.
sayang abang datang sini bukan nak dengar nasihat ..sayang pun tak tahu jiwa raga abang cuma pada sayang .. jom tidur abang penat sangat hari ni tengok projek siang hari tadi.
Azam bingkas bangun merangkul Rina dengan manja sambil masuk ke kamar.
kesian kat Mila dah setahun lebih zahir dan batin tak pernah Azam penuhi..
Share this novel