Mak sedapnya pisang goreng ni, Mak esok kita masak lagi ya.
Ehhh anak Mak ni, bukan main suka pisang goreng sebelum ni Mila tak pun berapa suka pisang goreng ni, kata banyak minyaklah, kelatlah, dah kenapa sekarang ni macam Mila jak yang banyak makan. Mak Intan tersenyum melihat kelakuan anaknya.
Mak , Pa ni kan Mila nak bagitau tak 7 bulan dari sekarang Mak dan Bapa akan jadi Nenek dan Atuk. Urmmm Mak bukan Mila yang nak pisang ni tapi Baby dalam perut Mila ni.
Mila betulkah ni? Alhamdulillah akhirnya Mak dapat cucu tak lama lagi. Mak Intan memeluk Mila sambil menangis.
Dahlah tu MakNya, hati tu jangan macam agar-agar lembut sangat. Bagitau Mila tu jaga kandungan baik-baik.
Deringan Handphone Azam membuat suasana sepi seketika. Ya Ibu, Bila tu? baik Ibu.
Azam menamatkan panggilan. Ibu nak datang petang ni ke sini sebab ada urusan dekat pekan.
Pa , Mak saya nak ke pasar dululah beli sayur dan lauk pauk untuk kita. Azam pergi ambil kunci kereta dulu.
Ikut!! Lisda tanpa sedar meraih tangan lengan Azam.
Ehhh! Lisda kamu dah kenapa macam tu? Mak Intan terkejut dengan tindakan Lisda. Duduk! Mak Intan dengan suara keras menyuruh Lisda duduk kembali.
Kenapa ni Lisda? Azam juga terkejut dengan tingkah laku Lisda. Azam mengusap-ngusap dadanya akibat terkejut. Azam terus berlalu.
Apa yang bising-bising ni? Mila yang baru keluar dari bilik air juga ikut bingung melihat MakNya memarahi Lisda.
Hmmmm Pak Mail menarik nafas panjang. Bapa nak ke kebun belakang dulu tengok-tengok apa yang ada dikebun arwah Aznil tu rasanya banyak pisang dan ubi ditanam dekat sana masa arwah masih hidup. Pak Mail terus berdiri meninggalkan ruang tamu.
Mak Long Lisda minta maaf, Lisda tak bermaksud pun apa-apa, saya dah terbiasa dengan mereka sejak Lisda tinggal dekat sini, Kan kan Mila. Lisda meminta simpati dari Mila.
Sudahlah Mak, Lisda memang rapat sangat-sangat dengan Azam. meski sakit hati Mila masih mengiyakan agar semuanya baik antara Emak dan Lisda.
Bukan apa Lisda Mak Long tak mahu kamu beperangai macam tu jaga tingkah laku tu meski Azam tu suami Mila tetap orang lain bagi dirimu dan Lisda hormatlah pada isteri Azam. Mak Long cakap macam ni bukan Mak Long bela sesiapa. Mak Long dah anggap kamu macam anak Mak Long sendiri, Lisda dari kecil dengan Mak Long sebab tu Mak Long tak segan-segan marah Lisda kalau lain kali Lisda buat perangai.
dahlah Mak nak solat.
Mak Mila oh Mak Mila, Pak Mail meletakkan sayur pucuk ubi dan isi ubi kayu di meja ruang rumah. Sambil mengipas ngipas topinya ke depan wajahnya.
Aik PakNya sampai ke maghrib pulangnya jauh sangat kebun arwah tu ya. Mak Intan duduk sekali di kerusi kayu panjang yang ada di hadapan rumah Azam.
Dahlah jom naik, awak kata dah Maghrib ni duduk sekali ni. Pak Mail terus mengangkat sayur dan ubi kayu.
Setelah selesai membersihkan diri dan solat Pak Mail terus ke ruang santai dapur. Besar juga rumah ni ya Mak Intan, banyak yang Aznil ubah suai dulu bilik sebuah saja sekarang dah ada 4 bilik, ruang tamu tu luas dah ni lagi ruang dapur siap ada ruang santai macam ni ala-ala ruang tamu dah tu ruang kat hujung tu lagilah cantik siap ada balkoni apa tu orang putih punya ayat? Pak Mail tertawa kecil dengan ayatnya yang betul entah tidak.
Hmmm saya pun tak tahu Paknya balakoni eh apa tu, Mak Intan juga turut tertawa. PakNya dah dekat 7.30 ni Azam belum balik lagi lama sangat ke pasarnya.
Biarlah MakNya, Mungkin ada urusan tu, lagi pula mungkin sekali dia nak jemput Datin Niah tu. Lisda mana? dari tadi tak nampak batang hidung?
Keluar kejap katanya tadi nak beli barang keperluan diri, dari jam4 petang sampai ke malam tak sampai-sampai juga.
Mak dan Bapa makanlah dulu, Mila tak ada selera sejak Mila mengandung ni Mila rasa tak ada rasa lapar lagi pula Mila mual terhidu bau masakan ni sebab tu Mila tak ke dapur. Mak kalau boleh Mak lama sikit dekat sikit dalam seminggu dua macam tu. Mila tanpa sedar menangis tersedu-sedu.
Ehh Mila napa ni sayang? tiba-tiba nangis, Mak risaulah dengan kamu ni sejak tadi pagi termenung lepas tu lemah, ada apa-apa ke? cuba bagitau Mak, apa yang anak Mak mengidam ni. Mak Intan memeluk anaknya dengan penuh kerisauan.
Tak ada apa-apa Mak, mungkin pembawaan Mila mengandung ni. Mila cepat-cepat mengesar air mataNya.
Share this novel