22.TIADA BEZA

Drama Series 6047

Mila terbaring lesu,sebenarnya dia tahu Azam dan Lisda berselingkuh tapi demi hubungan dia dan suami juga dia dan Lisda, Mila tidak berdaya untuk menyatakan hal yang sudah diketahuinya sejak sebulan lalu. Sungguh licik Lisda menggoda suaminya dan Mila menganggap Azam tidak ikhlas bersamanya selama ini. Namun kini ada insan baru yang hadir yang tidak tahu menahu akan segalanya, tentang kehidupan dalam rumah ini. "Sayang mama minta maaf kerana membiarkanmu bersama mama untuk memikirkan hal ini".

Sayang buka pintu ni, Azam memanggil Mila kerana sudah beberapa minit pintu tidak dibuka.

Abang baru balik? saya tak dengar Abang ketuk , maaflah, sambil melangkah Mila membiarkan Azam mengikutinya dari belakang. Abang dah makan? saya dah masak itu tapi kalau Abang nak saya panaskan lauk pauk tu dulu
, Abang nak saya pergi panaskan sekarang.

Abang dah makan tadi sayang, dekat luar dengan kawan-kawan. owh ya tadi sayang call kan? isteri kawan Abang yang angkat tu. Maaf sayang Abang tak call balik sebab Abang busy bincang kerja dengan kawan.

Mila hanya mengiyakan sahaja apa yang dikatakan suaminya namun dalam fikiran bukan itu yang ingin dia tahu.
Abang esok Mila nak balik kampung nak buat suprise dekat Mak dan Ayah tentang kehamilan Mila ni. Mila tersenyum kelat kerana harus pura-pura gembira tanpa dia sedar kehamilannya ini juga tidak diketahui suaminya sendiri.

Ya Allah, Sayang hamil? napa tak bagitau Abang? Sayang Abang gembira sangat-sangat tak lama lagi Abang jadi Ayah. Azam memeluk isterinya dan beberapa kali mencium dahi isterinya, tanpa sedar Handphonenya terkeluar dari poket seluar. Seketika menerima mesej dan mesej terpapar di skrin Handphone, "Abang jom mnum kat rang tmu Honey jelous abg lma² kat dlm tu".

Mila menolak tubuh suaminya dan berpura-pura mahu muntah namun sebenarnya dia sakit hati melihat chat whatsapp yang baru dilihatnya tadi. Ya Allah kuatkan aku! Mila berteriak didalam tandas.

sayang! sayang! sayang tak apa-apa? Azam cuba bertanya dari luar kerana dia mendengar Mila berteriak.

Saya tak apa-apa cuma muntah-muntah biasalah kata doktor mengidam time mengandung jadi normallah macam ni. Mila memberikan alasan agar Azam tidak bertanya terus. Owh ya esok Mila balik sendiri jak bang.

Lisda tak ikut?

Mungkin tidak bang, Lisda lagi happy dekat rumah ni dengan Abang, banyaklah masa korang bersama kan? Saya taklah risau kalau Lisda kat rumah ni adalah tolong jaga makan minum Abang. Mila terus menarik selimut dan berpura-pura menutup mata.
Abang jangan lupa tutup lampu saya nak rehat. Mila terus menekap wajahnya dengan bantal kecil.

Mila! apa yang awak cakap ni? kenapa pula Lisda dengan Abang? awak ni kalau mengidam jangan pula mengidam marahkan Abang tak tentu pasal. lagi satu kalau Mila benci Lisda Mila benci dia sorang jangan babitkan Abang dan satu hal Abang nak tanya, kenapa Mila benci sangat dengan Lisda? Azam mundar mandir melihat Mila dan mula rasa geram dan marah bercampur baur. Mila hanya mendiamkan diri.

Lisda mengenggam handphonenya sambil memicit dahi, Macam mana Mila tahu ni aku dengan Azam ni? ok ok Lisda kau tenang buat-buat tak tahu. Lisda menarik nafas panjang sambil megosok-gosok dadanya dan berlari anak-anak menuju ke kamarnya.

Selesai membersihkan diri Azam merebahkan diri disebelah isterinya. Azam memerhati isterinya dari belakang, sedikit keluhan dihembus oleh Azam. "kenapa aku sanggup buat wife aku macam ni? dia tak salah apapun, kenapa aku tergoda dengan Lisda? isteriku suci tak ternoda saat aku menyetubuhinya tapi kenapa aku tidak menikmati semua ini? dengan Lisda kenapa aku puas?" Azam memejamkan matanya mengingat kembali detik perselingkuhan dia dan Lisda, Lisda berpura-pura menumpang ke bandar denngannya dan lama kelamaan Lisda berani meluahkan isi hatiNya. Pada awalnya Azam menolak namun entah kenapa hatinya luluh dan tanpa segan silu Lisda mengajaknya check in di hotel dan disitulah Azam menikmati puas tubuh Lisda, entah kenapa baginya Lisda sangat sempurna dengan hal-hal berhubungan badan.

Azam bingkas membuka mataNya mencapai Handphonenya. Tertara banyak notifaction Chat whatsapp yang masuk.

"NONAME"
'Abang dah tidur?'
'Mila thu hbgn kita?'
'Abg'
'Abg'
'Abg'
'ishhhh abg bat pa tu??????'
'Abanggggggg npa tk jwp cht honey ni????'
'Fine!!'

Azam hanya membaca dan memadam chat dari Lisda. Kemudian mememjamkan matanya semula.

Azam ni? Lisda pun 1 dah tahu suami sepupu dia masih juga menggatal? ehh Lisda nak apa sebenarNya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience