3. TERLUAH

Drama Series 6047

Hari ni sabtu pasti abang Azam lewat bangun bisik hati Mila saat melangkah ke dapur bersiap menyediakan sarapan setelah selesai mandi dan solat.

Tiba-tiba deringan Handphone membuat Mila sedikit terkejut.Mila berlari anak anak kecil mencapai telefon dan tertera nama pemanggil
' MYLOVE ' Mila terus menjawab tanpa memikirkan bahawa handphone tersebut milik Azam

Hello Abang... dah siapkah? sayang dah lama siap tunggu abang ni.. kedengaran suara manja dihujung talian.

Hello..Hello.. abang Zam!
Mila cepat - cepat mematikan talian .

Siapa perempuan tu? apa hubungan Abang Azam dengan dia..Mila mula berteka teki sambil menuju ke hujung ruang tamu berdiri di jendela sambil memerhati ke luar. tanpa sedar air mata mengalir lesu di pipi Mila.

ee Mila napa tak dengar aku panggil haa tak jauh pun kenapa tak dengar.. suara mendatar Azam membuat Mila berhenti mengalamun.

Azam memperlahankan suaraNya namun masih kedengaran sedikit marah.. ee Mila kenapa ko angkat call panggilan hp aku? ingat ya amaran terakhir kalau ko buat juga tahulah kau nanti..

kenapa?? Tiba² Mila menjawab .. kau takut aku tahu kau ada perempuan lain? Ab...Azam saya isteriMu .. kenapa buat saya seolah olah tak wujud dalam kehidupan Azam.. kenapa? kenapa? kalau tak suka terus terang saja ..Mila punya hati dan perasaan Abang.. air mata Mila mengalir deras tanpa disedarinya ..

Azam merenung tajam dan menghampiri Mila selama 4 bulan mereka bersama inilah pertama kalinya Azam mendekati Mila dan menatap wajah Mila.. Azam seolah olah terpukau tanpa sedar melihat isterinya .. Mila perlahan lahan mundur sedikit takut bimbang Azam naik tangan kepadanya ..

ee Mila .. ini semua kerana keluarga kau ..sebab tu kau terpaksa khawin dengan aku dan aku .. Azam merapatkan wajahnya ke wajah Mila ..dan aku tak pernah pun terfikir akan suka cinta sayang dekat engkau sebab aku dah ada Kekasih sebelum kita khawin jadi kau kena tahu keperluan zahir dan batin aku ni ada pada kekasih aku..faham!!!

Mila terduduk lemah ... tangisan kuat mula kedengaran .. dengan sekuat tenaga Mila berdiri dan berjalan perlahan masuk ke dalam bilik .

Azam perlahan lahan duduk ke sofa sambil meraup wajahNya dan berkata...apa aku dah cakap ni ..Ya Allah ampuni aku ya Allah ..

deringan handphone membuat Azam terjaga dari memikir sesuatu.

hello ..
hello anak mama ..nanti ayah dan mama nak datang melawat .. kalau nak pesan apa² bagitau ma ya..
maa.. tak sempat Azam nak menjawab line talian terputus.

Azam menarik nafas panjang ...

tuk tuk.. Mila Mila
pintu terbuka Mila tidak berani memandang Azam ..terus saja Azam memberitahu Mila ..
Mak dan Ayah saya nak datang melawat ..bersihkan kamar kau ni untuk mak dan ayah ..kau dan aku kena tidur 1 kamar dan kau jangan ya bagitau ma yang bukan²..

Mila hanya mengangguk kepala dan terus menutup kembali pintu.

Azam terpaku melihat sikap Mila.. urmmm mana manalah Azam bercakap sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience